Pemain terbaik saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, Nguyen Xuan Son mengalami kecederaan ngeri apabila patah kedua-dua kakinya ketika beraksi dalam perlawanan akhir kedua semalam.
Nguyen diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Thailand selepas cemerlang menjaringkan dua gol ketika perlawanan akhir pertama.
Baca Juga:
- Vietnam Hampakan Thailand Untuk Muncul Juara Piala ASEAN 2024
- Fergus Tierney Sertai Kelab Thai League 1
- Piala ASEAN 2024: Thailand Atasi Filipina Untuk Ke Final
Namun, beliau terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan serius ketika cuba menghantar bola kepada rakan sepasukan dalam kawasan penalti lawan.
might not be the only injury, looking at this picture it's prob ACL + complete fracture of the shin bone(s) https://t.co/aIQ1tudBrK pic.twitter.com/fGutgFicis
— gravener of svolazi (@bajceticburner) January 5, 2025
Nguyen Xuan Son terus dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan selepas imbasan dijalankan terhadap beliau, kedua-dua kaki pemain naturalisasi itu disahkan patah dan bakal berehat panjang.
Tampil dalam saingan Piala AFF pertama dalam kariernya, Xuan Son yang juga dikenali sebagai Rafaelson serta-merta menampilkan prestasi cemerlang apabila menjaringkan 7 gol dalam saingan edisi kali ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Vietnam berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 3-2 sekaligus muncul juara dengan keputusan 5-3 secara agregat.
Kejayaan ini merupakan kali ketiga Vietnam muncul juara dimana sebelum ini mereka memenangi saingan edisi 2008 dengan menewaskan Thailand dan 2018 ketika menewaskan Malaysia.
Ketiadaan Xuan Son dilihat bakal memberi impak yang besar terhadap The Golden Stars dimana mereka akan menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula pada Mac ini.
Vietnam diletakkan dalam kumpulan F bersama Malaysia, Nepal dan Laos.