Ameera Khan mengakui bahawa dia adik beradik tidak ada darah Melayu langsung.
Pempengaruh terkenal itu menegaskan bahawa dia bukannya ‘malu’ mengaku dirinya Melayu, kerana dia memang bukan Melayu.
Ini kerana ibunya berdarah Arab dan ayahnya pula berbangsa Pakistan.
Ameera Khan: Saya memang bukan Melayu
Ameera Khan membuat pengakuan tersebut menerusi siaran langsung di Instagram miliknya.
Ameera akui kerap kali berdepan kesulitan ketika diminta untuk mengakui bahawa dia berbangsa Melayu. Kerana hakikatnya, memang dia bukan orang Melayu.

“Bukan saya tak mahu cakap saya berbangsa Melayu, namun hakikatnya memang bukan Melayu. Bukan tak nak mengaku Melayu tetapi, ibu bapa saya tiada darah Melayu,” tegas Ameera seperti dilaporkan mStar.
Kemudian Ameera menambah bahawam ibunya berdarah Arab dan ayahnya pula berdarah Pakistan.
Ameera Khan menyatakan: “Ibu saya berdarah Arab, ayah saya pula berdarah Pakistan, jadi tiada darah Melayu.”
Ameera Khan menyatakan bahawa dia fasih berbahasa Melayu kerana dia dilahirkan di Malaysia.
“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini, tentulah boleh bercakap Melayu dan berdialek Kelantan terutamanya. Kalau tak boleh [cakap Melayu], boleh tampar sahaja muka saya,” tegas Ameera.
Dia juga berkongsi cerita pernah mendengar perkongsian daripada ibunya, bahawa ibunya dibesarkan di Kelantan. Namun dia mencadangkan agar bertanya sendiri kepada ibunya tentang cerita tersebut.
Sedang hangat dilamun cinta
Pempengaruh asal Kelantan itu kini sedang hangat dilamun cinta bersama pasangan kekasihnya dari Indonesia yang juga seorang selebriti iaitu Jefri Nichol.
Kerana Cinta, Jefri Nichol Dan Ameera Khan On The Phone Sehingga 48 Jam
Pasangan tersebut sangat terbuka berkongsi kisah percintaan mereka dengan peminat mereka. Ramai peminat mereka mendoakan agar pasangan tersebut akan terus berbahagia dan menjadi pasangan suami isteri suatu hari nanti.