Walaupun Jefri Nichol tewas dalam masa 38 saat di tangan El Rumi, teman wanitanya, Ameera Khan masih menganggap Jefri sebagai lelaki sebenar.

Ameera Khan sebelum ini sangat menyokong teman lelakinya itu. Malah meletakkan harapan tinggi bahawa Jefri Nichol akan memenangi aksi ulangan menentang anak kepada Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu.

Ameera Khan terbang ke Jakarta untuk memberikan sokongan padu kepada teman lelakinya itu.

Malangnya di hadapan Ameera Khan, Jefri Nichol hanya mampu bertahan 38 saat di dalam ring. Dia tewas dengan TKO selepas menerima tumbukan bertubi tubi daripada El Rumi.

Pengadil terpaksa menghentikan pertarungan selepas Jefri Nichol mendakwa dia terkehel bahagian bahu.

El Rumi yang mensasarkan kemenangan KO, ternyata hanya berpuas hati dengan kemenangan TKO.

ahmad dhani

Jefri Nichol menerima kekalahannya. Dan dia berkata: “Saya terima kekalahan saya. Kadangkala apa yang kita rancang tidak akan menjadi realiti.

“Bahu saya terkehel dan pihak penganjur membuat keputusan untuk menghentikan pertarungan serta merta. Apa pun saya gembira dapat kembali semula ke gelanggang.. Memandangkan saya dan El Rumi sudah lama tidak bertarung.”

Jefri Nichol meminta maaf kepada peminat yang tidak dapat menyaksikan aksi terbaiknya, dan aksi yang lebih sengit.

“Maafkan saya, sebab anda semua tidak dapat menyaksikan pertarungan yang anda mahukan,” tambahnya di ruangan IG.

Di mata Ameera Khan, Jefri Nichol adalah pemenang di hati mereka yang menyokongnya dan tetap lelaki sebenar.

Dia berkata: “Sentiasa menjadi pemenang kami, dan lelaki sebenar.”

Tewas 38 Saat, Ameera Khan Tetap Anggap Jefri Nichol Masih Lelaki Sebenar Dan Pemenang Di Hati Peminat

Jefri Nichol TKO di tangan El Rumi

Pertandingan tinju antara El Rumi dan Jefri Nichol ke ring dalam pertarungan ulangan. Di mana El Rumi – anak kepada Maia Estianty dan Ahmad Dhani – menang pantas hanya dalam 38 saat pada pusingan pertama melalui kemenangan TKO.

Pertarungan yang berlangsung di kawasan Senayan, Jakarta Pusat merupakan pertemuan kedua mereka selepas perlawanan pertama pada 2023 yang juga dimenangi El Rumi.

Bezanya, kali ini El Rumi menamatkan perlawanan dengan sangat cepat.

“Ya, memang saya kan ada imej anak baik-baik. Jadi mungkin orang tak sangka ada keganasan dalam diri saya,” kata El Rumi selepas perlawanan.

jefri

Beliau mengakui kemenangan ini menjadi medan pembuktian selepas pertarungan pertama lalu menimbulkan kontroversi.

“Pertandingan pertama kan saya dituduh menipu atau apa sahaja. Nah, pertandingan kali ini saya mahu menutup mulut netizen,” tegasnya.

Walaupun menang dengan masa 38 saat, El Rumi sebenarnya berharap dapat menang KO.

Namun, keputusan pengadil menghentikan perlawanan dianggap tepat untuk mengelakkan kecederaan.

“Memang nak KO, tapi sayangnya pengadil hentikan. Kalau tak dihentikan, mungkin lebih bahaya,” ujarnya.

Sejak awal, El Rumi mengaku sering diragui orang ramai terutama sekali netizen di negaranya.

“Saya dari pertandingan pertama dah diragui, pertandingan kedua pun diragui, pertandingan ketiga pun diragui. Jadi setiap kali menang macam tak ada orang percaya,” katanya.

Oleh itu, perlawanan ulangan menentang Jefri Nichol menjadi peluang untuk menjawab keraguan tersebut. “Saya memang cuma mahu lawan Nichol. Sekaligus buktikan kepada warganet siapa pemenang sebenar,” ujarnya.

Kemenangan anaknya disambut rasa syukur oleh Maia Estianty melalui Instagram.

“Alhamdulillah, kemenangan yang indah… Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang diberikan kepada EL RUMI… Terima kasih kepada yang telah mendoakan @elelrumi.

Beliau turut memberi penghargaan kepada Jefri Nichol. “Untuk @jefrinichol kamu tetap terbaik. Terima kasih sudah pakai pelindung kepala ya… you are the best, Jef… proud of you too,” tulisnya.