Amerika Syarikat mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0 pada aksi pusingan 32 Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Bay Arena.
Di sebalik kejayaan manis itu, skuad kendalian Mauricio Pochettino tersebut akan beraksi Folarin Balogun dalam aksi pusingan 16 nanti selepas penyerang itu dilayangkan kad merah.
Gol daripada Balogun dan Malik Tillman sudah memadai untuk memastikan kemenangan AS serta membawa mereka ke pusingan kalah mati seterusnya.
Sorakan penyokong di Santa Clara bergema menjelang tamat separuh masa pertama apabila Balogun meledak gol pembukaan pada minit ke-45.
Perlawanan mula menjadi tegang pada minit ke-62 apabila Balogun dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras yang mengenai buku lali Tarik Muharemovic.
Pada mulanya, insiden itu tidak kelihatan membimbangkan apabila Balogun mencabar Muharemovic untuk mendapatkan bola. Permainan diteruskan seperti biasa sebelum pegawai VAR mengarahkan pengadil meneliti semula insiden tersebut melalui tayangan ulangan.
Rakaman ulangan menceritakan kisah yang berbeza. Terjahan Balogun jelas dianggap berbahaya apabila satu terjahan yang sememangnya berisiko menyebabkan kecederaan serius.
Susulan dengan keadaan itu, pengadil tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah buat penjaring utama Amerika Syarikat itu.
Amerika Syarikat Tak Terganggu
Namun begitu, pasukan tuan rumah membuktikan kekentalan mereka di benteng pertahanan dengan tidak membiarkan lawan mendapatkan banyak peluang untuk memberikan tekanan.
Sebaliknya, gol kedua AS pula hadir pada minit ke-80 apabila sepakan percuma Malik Tillman dari luar kotak penalti melepasi benteng pertahanan Bosnia sebelum menerjah gawang yang sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol, Nikola Vasilj.
Dengan kejayaan manis itu, Amerika Syarikat akan berhadapan dengan Belgium pada aksi pusingan 16 di Seattle.