Amir Ukays mendedahkan bahawa dia sudah naik jemu bertekak dengan Amy. Kedua duanya kini membawa haluan masing masing.

Kedua duanya terlibat dalam perang kenyataan media tentang kumpulan Ukays yang sebenar.

Baca Juga:

Ukays bukan nama asing dalam industri seni tanah air. Lagu mereka masih didengari pelbagai generasi dan dibawa di pusat karaoke.

Sebelum ini Amir pernah menyindir Amy bahawa peminat akan tahu bahawa Ukays itu adalah Amir sebagai vokalisnya.

Namun Amy ada alasan tersendiri mempertahankan hujahnya bahawa dia kini bersama dengan Ukays yang sebenar.

‘Saya Ni Artis Kegemaran Komposer’ – Reaksi Aliff Syukri Selepas Amy Ukays Tolak Buatkan Lagu

Sebelum ini Amy berkata, dia menggerakkan Ukays agar ahli anggota kumpulan yang lain selain vokalis juga mendapat sumber pendapatan.

Amir menegaskan bahawa dia sudah malas nak bertekak dengan Amy kerana hanya membuang masa dan mengganggu emosinya.

Amir lebih selesa berdiam diri dan melupakan sahaja sengketa antara mereka.

Dipetik dari Mstar Online, Amir menambah: “Saya nak tutup cerita ini dan tak mahu isu ini dibangkitkan lagi. Kerana kalau dilayan nampak macam budak budak dan tak profesional.”

Amir menjawab persoalan kenapa dia tidak bersemuka dengan Amy.

Ini kerana Amy pernah memberitahu wartawan bahawa dia sudah menghubungi Amir untuk ajak berjumpa dan berbincang namun Amir dikatakan tidak memberikan respon.

Dia bukan tidak mahu berjumpa dengan Amy, namun menganggap perkara itu sia sia dan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.

Lalu Amir menyatakan agar Amy tidak perlulah menghubunginya melalui telefon atau mengajaknya berjumpa.

Sambil menegaskan bahawa dia sudah malas nak melayan kenyataan daripada pihak Amy lagi selepas ini.