Sebelum ini, penyanyi dan komposer terkenal, Azmi Hassan atau lebih dikenali sebagai Amy Ukays mendedahkan beliau menolak permintaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman untuk menghasilkan lagu raya untuknya.

Menerusi laporan, Aliff Syukri berkata dia tidak terkesan dengan keputusan komposer Amy Ukays dan mengatakan dia boleh bekerjasama dengan komposer lain untuk menghasilkan lagu baru selepas ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya, jika Amy tidak mahu menghasilkan lagu untuknya, masih ramai lagi komposer lain yang berminat. Aliff turut mendakwa Amy mahu menumpang popularitinya.

“Dia (Amy) feeling, dia rasa dia sorang je ke boleh buat lagu? Poyo! Zaman sekarang tak kisah kau nak ke tak nak, yang penting ada duit.

“Satu komposer tolak seribu komposer datang. Saya ni artis kegemaran komposer dan semua penggiat seni Malaysia.

“Dengan suara saya yang sedap ni tak payah nak pakai komposer popular atau macam dia (Amy) yang menagih populariti daripada saya. Saya nyanyi je terus orang meremang dengar suara saya yang sedap ni,” katanya.

Untuk rekod, Aliff pernah bekerjasama dengan Amy dalam beberapa buah lagu raya iaitu La La Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya.