Setiap kali tiba musim Hari Raya, pasti ramai artis dan influencer akan mengeluarkan lagu dan video musik untuk tatapan ramai. Antara yang sering menjadi bualan ramai adalah Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Baru-baru ini penyanyi dan komposer terkenal, Azmi Hassan atau lebih dikenali sebagai Amy Ukays mendedahkan beliau menolak permintaan jutawan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran media sosialnya, beliau mendedahkan telah menerima beberapa permintaan untuk menghasilkan lagu raya terbaharu untuk tahun ini.

“Iqbal telefon Amy untuk minta buatkan lagu raya buat beliau. Datuk Aliff ada telefon minta buat lagu raya tapi Amy menolak, Amy tak suka untuk bekerjasama sebab dia lupa diri dan asal usul,” petik perkongsian beliau.

Dalam satu hantaran Facebook yang lain, beliau tidak kisah dan redha sekiranya dirinya dicemuh kerana menolak permintaan membuat lagu raya Aliff Syukri yang berpengaruh itu.

Bagaimanapun netizen menyokong tindakan komposer tersebut. Ramai meminta Amy untuk fokus pada perkara yang jauh lebih penting.

Sementara itu, Amy turut mendedahkan beberapa projek lagu raya yang berada dalam perancangannya.

“Maka tahun ini Amy fokus buat lagu raya untuk Iqbal, Dato Vida, Baby Shima, Dato Ifa Raziah dan lagu raya baharu Ukays Reborn bertajuk Sini Raya Sana Raya I,” petik hantaran media sosial Amy Ukays.

Terdahulu, Amy pernah menjadi komposer untuk dua lagu raya Aliff Syukri iaitu LaLa Raya (2021) dan Chu Ku Chuk Raya (2023).

Setakat artikel ini ditulis, kedua-dua video yang dimuat naik ke YouTube itu telah mendapat lebih 4.4 juta kali tontonan.

Sumber