Datuk Seri Aliff Syukri menceritakan detik cemas dia diganggu secara seksual oleh lelaki miang warga asing.

Di mana lelaki warga asing itu mahu membuka zip seluar di hadapannya. Perbuatan lucah itu benar benar membuatkan Datuk Aliff Syukri terkejut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Aliff Syukri menafikan bahawa video itu adalah konten semata mata dan lelaki itu sudah dibayar untuk melakonkan watak itu.

Namun dia memutuskan untuk tidak membuat laporan polis.

“Sebenarnya dia dah pun buka zip seluar, namun saya takut nak tengok dan terus pusingkan telefon ketika sedang merakam,” kata Aliff Syukri kepada portal mStar.

Aliff Syukri menyatakan dia merakam dan berkongsi video itu kepada umum sebagai kesedaran awam tentang perbuatan tidak bermoral seperti itu.

“Dia seperti perompak, tetapi sebenarnya saya sudah berdepan situasi sama sebanyak 3 kali namun berjaya melarikan diri,” tegas beliau lagi.

Datuk Aliff Syukri mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang menghubunginya agar dia membuat laporan polis.

Tetapi dia memutuskan untuk tidak berbuat demikian kerana merasakan lelaki warga asing itu sebagai kurang siuman.

Lagipun menurut Aliff Syukri, lelaki itu tidak memukul, memperkosa atau mencederakannya.

“Oleh sebab itu saya tak sampai hati sebab saya rasa dia tak siuman ataupun gila,” tambah beliau.