Ruben Amorim meminta peminat Manchester United memberikan masa dan bersabar, kerana menurutnya pasukannya akan ‘menderita untuk tempoh yang lama’ untuk memahami taktikalnya.
United mempamerkan permulaan yang menjanjikan dalam aksi menentang Ipswich Town. Namun selepas itu pemain pemain menunjukkan rasa takut dan keliru.
Amorim berkata: “Ia adalah liga yang sukar. Pemain saya terlalu banyak berfikir semasa perlawanan. Anda boleh merasainya. Bukan sahaja di atas bola tetapi di mana mereka sepatutnya berada di atas padang.
“Kami kehilangan beberapa bola mudah. Apabila anda memulakan perlawanan dengan gol awal, anda perlu mengawal tempo. Kami tidak dapat melakukannya pada masa ini tetapi mereka benar-benar mencuba.
“Anda perlu mengekalkan bola dan mengetahui momentumnya. Kami melakukan beberapa perkara yang tidak tepat pada masanya. Kita perlu menangani perkara ini.
“Jika anda melihat separuh masa pertama kami agak takut. Apabila kami tidak mempunyai latihan cukup, hanya dua hari, mereka keliru sedikit. Anda dapat lihat perkara itu dalam data.
Amorim juga cuba meredakan sedikit harapan terlalu berkobar kobar di kalangan peminat selepas pertembungan di Portman Road.
“Sukar untuk meletakkan apa-apa harapan sekarang,” tambahnya.
“Ia bukan satu kejutan [bahawa pemain bergelut] tetapi anda perlu melihatnya dalam permainan. Sebab itu saya agak cemas.
“Kita perlu mencari jalan [untuk menyampaikan idea dengan cepat]. Satu-satunya cara untuk melakukannya, ketika perlawanan, pemain yang tidak bermain perlu berlatih.
“Dengan kekangan masa yang ada, kita perlu mencari masa [terbaik] dan itulah satu-satunya cara. Beberapa pemain akan bermain dan keesokan harinya beberapa lagi pemain lain [yang tak bermain] akan mengusahakan idea kami. Dan kemudian mereka akan menukar kedudukan.
‘”Apa yang saya faham hari ini adalah mereka cuba, mereka kekal dalam kedudukan dan mereka menerima maklumat dan mereka cuba menggunakannya dalam permainan. Itu sangat penting.
“Walaupun dalam saat-saat sukar saya rasa mereka melakukan perkara yang kami katakan untuk mereka lakukan. Saya tahu ia mengecewakan peminat tetapi kami banyak berubah pada masa sesingkat ini dengan banyak perlawanan yang akan menyusul.
“Kami akan menderita untuk tempoh yang lama dan kami akan cuba memenangi perlawanan. Ini akan mengambil masa. Saya tahu kita perlu memenangi perlawanan,” tegas Amorim.
🗣️ Ruben Amorim: "I know it's frustrating for the fans, but we are changing so much in this moment with a lot of games.
"We are going to suffer for a long period and we will try to win games."#MUFC pic.twitter.com/x6rGOtm5JF
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) November 24, 2024
Bekas kapten United, Roy Keane juga berpendapat bahawa pemain pemain United kelihatan takut untuk meneruskan perlawanan.
“Pasukan ini, pada satu atau dua tahun lepas, adalah tentang momen yang tepat,” katanya.
“Hari ini United duduk di belakang [zon pertahanan] dan anda berfikir, ‘apa yang kamu tunggu lagi? Kejar mereka!’
“Mereka kelihatan takut untuk meneruskan dan memenangi perlawanan. Mereka tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan.
“Adakah saya percaya mereka mempunyai kualiti untuk membawa mereka kembali ke empat teratas? sama sekali tidak. Buktinya tiada. Ia adalah barangan lama yang sama. Boleh diramal dan kekurangan kualiti yang sebenar.
Seorang pemain yang dipuji oleh Amorim ialah pemain terbaik United, Andre Onana, yang melakukan dua penyelamatan heroik untuk menafikan percubaan jarak dekat Liam Delap, yang dianggap percubaaan yang pasti menghasilka dua gol.
“Saya fikir ia sangat jelas untuk semua orang, dia menyelamatkan kami sekurang-kurangnya dua kali,” kata Amorim.