Pengurus Manchester United, Ruben Amorim tampil mempertahankan ketua pasukannya, Bruno Fernandes yang dikritik hebat legenda, Roy Keane.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Keane mengkritik Fernandes dengan mengatakan beliau bukanlah ketua pasukan yang diharapkan oleh penyokong Manchester United.
Baca Juga:
- Roy Keane: Bruno Fernandes Bukan Kapten Yang Kami Harapkan
- ‘Kami Belum Bersedia Nak Menang EPL Musim Ini’ – Bruno Fernandes
- Ruben Amorim Tetap Tenang, Tak Risau Dipecat
Keane turut menganggap bahawa bakat sahaja masih belum mencukupi buat pemain tengah berusia 30 tahun itu.

Namun, Amorim nyata tidak bersetuju dengan pendapat Keane apabila tampil menyokong pemain-pemainnya daripada menerima sebarag terhadap kritikan luar.
Ia tidak terkecuali dilakukan oleh beliau dalam menangkis kritikan hebat daripada legenda Manchester United tersebut.
Amorim Sentiasa Dibelakang Bruno Fernandes
“Saya mendengar mengenai perkara ini, saya mempunyai pendapat yang berbeza,” ujar Amorim menurut sumber laporan Goal.
“Bruno sememangnya merupakan pemain yang sangat penting buat kami dalam kelan ini, terutamanya buat saya.”
“Dia bermain dengan baik dalam konteks yang cukup sukar dan dia sentiasa mahukan tanggungjawab ini (menjadi ketua pasukan).”
“Saya tahu sebagai kapten, dia kadang-kadang melakukan perkara berdasarkan lilitan di lengannya dengan mengkritik rakan sepasukannya, tetapi yang paling penting ia adalah sedikit kekecewaan.”
“Dia mahu menang dan kadang-kadang sukar untuk mengendalikan kekecewaan itu. Roy Keane mempunyai standard yang tinggi berdasarkan pengalamannya.”

“Tetapi saya rasa pendapat saya lebih penting daripada pendapat Roy Keane kerana saya adalah jurulatih,” tambah Amorim lagi.
Selepas mengharungi 27 perlawanan English Premier League (EPL) 2024/25, Manchester United menghuni tangga ke-14 dengan 33 mata untuk berkongsi mata dengan Tottenham Hotspur dan West Ham United hasil sembilan kemenangan, enam keputusan seri dan 12 kekalahan.