Ruben Amorim gembira melihat perkembangan positif ditampilkan dua pemain Manchester United yang dipinjamkan iaitu Marcus Rashford dan Antony.
Rashford cemerlang bersama Aston Villa manakala Antony seperti diketahui pantas menjadi nadi kekuatan buat pasukan LaLiga, Real Betis.
Baca Juga:
- Ini Alasan Marcus Rashford Pilih Aston Villa Berbanding Barcelona
- Antony Dedahkan Sebab Di Sebalik Aksi Cemerlang Bersama Real Betis
- Ruben Amorim Tetap Tenang, Tak Risau Dipecat
Rashford menjaringkan empat gol dan mencipta enam bantuan jaringan dalam 17 penampilan bersama Villa manakala Antony mencetak lima gol dan mencipta empat bantuan jaringan dalam 18 aksi ketika menyarung jersi Betis.

Melihatkan kepada perkembangan tersebut, Amorim menyifatkan perkara itu sebagai berita yang cukup baik buat Manchester United.
Beliau menambah bahawa kedua-dua pemain itu perlu kembali ke Old Trafford sebelum sebarang keputusan mengenai masa depan jangka panjang mereka dibuat.
Aston Villa mempunyai pilihan untuk merekrut Rashford secara tetap dengan nilai $53 juta, sementara itu Betis pula dilaporkan telah mengemukakan tawaran untuk mengambil Antony secara pinjaman semusim bagi kempen akan datang.
Namun, ia ditolak oleh United yang dikatakan meletakkan nilai sebanyak $40 juta untuk pemain sayap itu pergi melalui perpindahan tetap.

Amorim Puji Prestasi Baik Rashford & Antony
“Semua pemain yang dipinjamkan akan kembali dan kemudian kelab akan membuat keputusan mengenai apa yang akan dilakukan pada akhir musim.”
“Apabila anda meminjamkan pemain, perkara terbaik adalah apabila mereka beraksi dengan baik. Semua pemain [pinjaman] ini mempunyai bakat dan mereka perlu menyumbang kepada pasukan.”
“Bakat Rashford, bakat Antony, mereka semua berbakat. Kami sangat gembira kerana apabila anda meminjamkan pemain, anda mahu mereka menunjukkan prestasi.”
“Itu adalah sesuatu yang baik untuk kami,” ujar Amorim menurut sumber laporan Goal.