Manchester United bakal membawa keseluruhan pemain utamanya yang akan beraksi di pentas final Liga Europa pada 21 Mei ini ke Kuala Lumpur bagi aksi istimewa menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei nanti.

Dalam sidang media menjelang perlawanan terakhir liga menentang West Ham, Amorim berkata, “Ya, kami akan bawa semua pemain. Saya sendiri telah dirujuk untuk jelajah ini.”

Baca Juga:

“Ini adalah salah satu cara kami berhubung semula dengan penyokong terutamanya selepas musim yang mengecewakan.”

Manchester United juga akan meneruskan siri jelajah itu dengan aksi kedua di Hong Kong pada 30 Mei.

Manchester United
Soccer Football – Europa League – Semi Final – Second Leg – Manchester United v Athletic Bilbao – Old Trafford, Manchester, Britain – May 8, 2025 Manchester United’s Mason Mount celebrates scoring their fourth goal with Harry Maguire Action Images via Reuters/Jason Cairnduff

Tanda Penghargaan Manchester United

Amorim menegaskan, kehadiran penuh skuad bukan sekadar tuntutan komersial tetapi sebagai simbol penghargaan kepada peminat yang tetap setia menyokong walau prestasi kelab merudum musim ini.

“Ini perkara paling minimum yang kami boleh lakukan untuk penyokong yang kecewa. Kami ingin bina semula rasa kekeluargaan dalam kelab,” jelasnya.

Lebih menarik, United mungkin tiba sebagai juara Liga Europa jika berjaya menewaskan Tottenham dalam final yang dijadual berlangsung di Bilbao pada 21 Mei nanti.

Sekiranya itu terjadi, aksi di Bukit Jalil bakal menjadi sambutan kejayaan berganda bersama ribuan penyokong tempatan.

Amorim Sahkan Semua Pemain Manchester United Ke Kuala Lumpur
Kredit Foto: My Ticket Empire

Tiket untuk menyaksikan kehadiran penuh skuad Red Devils di Bukit Jalil boleh didapati di myticketempire.com.

United sedang menyala – jangan lepaskan peluang tengok sendiri keajaiban mereka depan mata!