Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menggesa para pemainnya supaya terus berpijak di bumi nyata walaupun selepas kemenangan penting 2-1 dilakarkan ke atas Liverpool.

The Red Devils kini berada dalam semangat yang tinggi susulan kemenangan yang telah lama dinantikan di Anfield.

Baca Juga:

Namun pengendali dari Portugal itu menyeru skuadnya agar kekal tenang ketika mereka berusaha mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan English Premier League (EPL) menentang Brighton pada malam ini.

Manchester United meraih kemenangan hasil jaringan daripada Bryan Mbeumo dan Harry Maguire membantu kelab itu mencatat kemenangan pertama di laman seteru utama mereka sejak tahun 2016.

Namun, meskipun semangat United berada pada tahap terbaik selepas kemenangan sukar diperoleh itu, Amorim menegaskan bahawa penting untuk para pemainnya tidak terlalu dibuai kejayaan.

Beliau juga mengingatkan bahawa penyerang Liverpool, Cody Gakpo yang melakukan percubaan terkena tiang gol sebanyak tiga kali dalam perlawanan tersebut di mana ia hampir sahaja memanjangkan penantian pasukannya untuk meraih kemenangan di Merseyside.

Amorim Ingatkan Pemain

“Tidak, maksud saya ialah kita tidak boleh berubah terlalu banyak,” ujar Amorim menurut sumber laporan Goal.

“Saya rasa mereka tanya saya tentang kedudukan empat teratas di hujung soalan tadi. Jadi, saya tidak mahu kita berubah terlalu drastik hanya kerana perbezaan 20 sentimeter.”

“Jika [Cody] Gakpo merembat 20 sentimeter ke arah yang berbeza, naratifnya pasti akan jadi sangat berbeza. Jadi saya hanya mahu kita kekal tenang dan teruskan haluan dalam apa yang sedang kita lakukan. Itu maksud saya.”

“Akan sentiasa ada keraguan apabila anda menjadi pengurus di kelab sebesar ini dan tidak menang banyak perlawanan, orang ramai akan meragui kemampuan anda.”

“Dan mereka ada alasan untuk itu. Tapi bagi saya, kita perlu jelas dengan hala tuju kita dan tidak terlalu cepat berubah hanya kerana menang satu perlawanan, itu saja,” tambah beliau lagi.

Sumber