Anak Donald Trump mendedahkan Chelsea yang menjemput ayahnya untuk bersama sama dengan mereka menjulang trofi Piala Dunia Kelab 2025.
Kehadiran Donald Trump di atas pentas ketika itu mendapat perhatian ramai pihak. Ramai yang mengecam tindakan Trump tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.

Ada yang mempersoalkan sama ada Donald Trump cuba menggunakan sukan seperti bola sepak untuk kempen politiknya, yang digelar Trumpfication.
Lebih lebih lagi Chelsea adalah kelab yang dimiliki oleh firma dari Amerika Syarikat.
Anak Donald Trump, Eric Trump mempertahankan tindakan ayahnya. Kerana menurutnya, ayahnya bukannya kemaruk untuk gila perhatian seperti didakwa ramai pihak.
Trump Simpan Piala Dunia Kelab Yang Asli Dan Suruh Chelsea Bawa Balik Piala Replika
Sebaliknya, ia berlaku kerana Chelsea sendiri yang menjemput ayahnya pada masa itu. Ini kerana menurutnya pemain pemain Chelsea terlalu mengagumi ayahnya di atas jasanya kepada sukan serta statusnya sebagai presiden AS.
Anak Donald Trump pertahan ayahnya
Eric berkata: “Chelsea mahu ayah bersama sama dengan mereka di atas pentas. kerana menurut mereka, ianya akan menjadi penghormatan terbesar dalam hidup mereka – Piala Dunia Kelab.

“Saya berada di sana ketika itu dan atmosferanya sangat gila. Dan tiada lagi orang lain yang paling berjasa kepada sukan lebih daripada dia [Donald Trump].
“Dan saya yakin akan tiba masanya, usahanya akan terbalas juga.”
🗣️ "They said it would be the greatest honour of their life."
Eric Trump told @danroan that Chelsea invited Donald Trump on to the stage for their Club World Cup celebrations. pic.twitter.com/SKnAORfokB
— BBC Sport (@BBCSport) July 30, 2025
Peminat bola sepak masih lagi kurang menerima hujah Eric Trump. Kerana menurut mereka, jika benar pemain pemain Chelsea yang mengajak presiden AS itu berada di pentas bersama sama mereka menjulang piala, kenapa kapten Chelsea, Reece James ketika itu kelihatan bingung.

James jelas menunjukkan reaksi keliru dan sempat bertanya sama ada Trump memang tak nak turun daripada pentas? Kemudian bintang Chelsea seperti Cole Palmer juga dilihat tidak tahu apa sebenarnya sedang berlaku.
Reece James telling Donald Trump “you need to leave” and Trump just standing there during the trophy lift is insane 😭🤣
pic.twitter.com/6fjjTBLsbf— Footy Humour (@FootyHumour) July 14, 2025