FIFA didakwa telah memberikan piala asli Piala Dunia Kelab 2025 kepada Presiden Amerika Syarikat untuk disimpan di Oval Office dan memberikan replika kepada pemenang.

Trump simpan piala asli dan replika milik Chelsea

Sebelum ini Trump bersuara bahawa Piala Dunia Kelab 2025 yang asli itu dibenarkan untuk digunakan oleh pasukan juara untuk keraian, namun menyatakan selepas itu ia harus dikembalikan ke Oval Office.

Salah seorang peminat segera berkata: “Patutlah Trump seperti pemilik bola yang menunggu orang pulangkan balik bola dia ketika Chelsea menjulang Piala.”

Komen itu merujuk kepada tindakan Trump yang dilihat tidak mahu turun dari pentas ketika Chelsea menjulang Piala Dunia Kelab 2025.

Trump mengesahkan bahawa presiden FIFA sendiri yang tidak mahu mengambil trofi asli dari pejabatnya dan trofi yang dijulang Chelsea adalah trofi replika.

Di mana Trump sudah memberitahu Chelsea bahawa trofi yang harus mereka bawa pulang adalah trofi replika.

Trump Simpan Piala Dunia Kelab Yang Asli Dan Suruh Chelsea Bawa Balik Piala Replika

Ramai yang pelik kerana biasanya piala asli akan disimpan pemenang semasa dan replika hanya akan diserahkan apabila piala asli itu dikembalikan semula atau dimenangi oleh juara yang baharu.

Trump berkata kepada wartawan DAZN: “Saya kata kepada dia [Presiden FIFA], bila kamu ada kelapangan nak kutip trofi?

“Dia [Presiden FIFA] beritahu saya, mereka tak akan datang ke pejabat untuk mengambil trofi itu dan kamu boleh simpan ia di sana.

trofi replika

“Kami akan buatkan trofi yang baharu, replika untuk kamu kamu.”

Trump berbesar hati menyimpan trofi yang asli di pejabatnya dan mendakwa bahawa Chelsea akan membawa pulang trofi replika.

Dalam satu lagi video pelik Donald Trump tertangkap kamera telah mencuri seunit medal dimasukan ke poketnya. Presiden FIFA, Gianni Infantino malah memberikan isyarat bagus kepada Trump.