Bila sudah menjejak usia dewasa, tiba giliran seorang anak untuk mengharungi dugaan mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan sendiri.

Namun, masih ada juga individu di luar sana yang masih mengharapkan pendapat dari ibu ayah dalam menentukan profesion yang bakal dipilih dan seumpamanya.

Inilah yang dikongsikan oleh seorang individu yang bekerja sebagai HR yang menerima satu mesej di luar jangkaan oleh seorang calon yang memohon kerja menerusinya.

Mesej itu berbunyi “Hi Cik, semalam saya sudah bercakap dengan ayah saya tentang pekerjaan ini, semuanya adalah okay, tetapi ayah tak gembira dengan perihal gaji”.

Individu yang mengendalikan calon tersebut langsung meminta pertolongan orang ramai untuk menjawab respon yang diterima dek kerana mungkin ini pertama kali yang dihadapi sepanjang hidupnya.

Anak Gembira Nak Dapat Kerja, Ayah Pula Tak Puas Hati Dengan Tawaran Gaji
Sumber Gambar: Threads

Mana tidaknya, anak yang meminta kerja tetapi ayah pula yang mengatur taraf gaji yang sepatut diterima daripada sesebuah syarikat yang mahu disertainya.

Menjengah ke ruangan komentar, ramai yang hanya mampu geleng kepala melihat kerenah individu yang masih mengharapkan ibu bapa dalam membuat keputusan hidup sendiri dan berseloroh meminta bapanya pula hantar resume untuk nego berkenaan gaji tersebut.

“Kalau btul pon bapak dia yg control semua tu, xperlu la kot nk gitau bapak dia yg xstuju ngan gaji…gitau je dia sndiri yang xstuju ngan gaji company offer,” ujar seorang netizen.

“Mintak resume bapak dia, then interview bapak dia pulak. Confusekan both,” komen sinis seorang netizen.

“Aku penah staff nak cuti bapak dia yg call…aku slow je ckp “pakcik ganti dia la dtg keje”….tak smpai 15minit anak dia muncul masuk keje…,” kongsi seorang netizen yang pernah menghadapi situasi yang lebih kurang sama.

Sementara sebahagian netizen pula berkongsi mungkin calon ini terlalu lurus bendul sehingga perkara itu didedahkan secara tidak sengaja. Jadi, netizen meminta HR itu untuk menolak dengan baik jika benar gaji itu tidak boleh dirunding lagi.