Anak kepada Ina Naim, Ehmad Hadie Efardie atau Eddie akhirnya tampil mendedahkan bagaimana cara arwah ayahnya mengejar dia dan adik beradiknya di sekolah.

Eddie akui terkilan melihat komen netizen yang mengecam arwah ayahnya, Suhaimi Saad yang tidak menyekolahkan anaknya di sekolah biasa. Sebaliknya adik beradik itu hanya homeschooling yang diajar sendiri oleh Suhaimi Saad sebagai guru.

Walaupun bersekolah di rumah, namun Eddie menyatakan bahawa dia dan adik beradiknya boleh membaca dan mengira serta menulis.

Bercakap kepada mStar Eddie mendedahkan cara arwah ayahnya mengajar mereka di rumah. Dan dia sendiri bertanya kepada netizen yang mengecam mereka, sama ada mereka pun bersekolah juga bukan? Namun kenapa komen seperti orang tidak berpendidikan.

Eddie berkata: “Alhamdulilah dengan didikan arwah ayah saya iaitu Suhaimi Saad jadi sekarang ni saya boleh belajar membaca, mengira dan kebanyakan kawan saya memang berikan sokongan untuk homeschooling ni.

“Memang banyak beza antara pergi sekolah dan belajar homeschooling ni… walapun orang kecam tapi saya tak terasa pun malah yang komen tu antaranya dalam kalangan netizen yang pergi sekolahkan?

“Macam saya dulu memang tiap-tiap hari belajar walaupun orang lain cuti raya ke tapi kami tidak, berehat hanya Jumaat serta Sabtu saja.

“Arwah ayah akan ajar bahasa Arab pada hari Ahad, Isnin pula Bahasa Melayu, Selasa bahasa Inggeris, Rabu belajar Matematik dan Khamis kemahiran hidup,” katanya kepada portal mStar.