Hari ini, Ina Naim telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Mohd. Khairul Rizal Mohd. Shukor dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Sg Ara Kota Tinggi, Johor pukul 9.50 pagi tadi.
Kisah mengenai majlis tersebut dikongsikan menerusi beberapa video yang dimuat naik TikTok Telur Pindang Tradisi Johor.
Baca Juga:
- ‘Netizen Jangan Ungkit Lagi’ – Ina Naim Buka Kedai Dobi
- Ina Naim Dedah Kisah Sebenar Cerita Mesin Basuh & Difitnah Jadi Pengemis
- ‘Hanya Mahu Hidup Sampai Umur 43 Tahun’ – Ina Naim Reda Pemergian Arwah Suhaimi Saad
Memetik laporan, Mohd. Khairul merupakan seorang ahli perniagaan, duda anak dua.
@telurpindangtradisijohor alhamdullillah 🤲🤲 majlis pernikahan Ina Naim Dan Mohd Khairul Rizal #kotatinggi #nikah #majlis #inanaim #johorean #telurpindang
♬ bunyi asal – 🕊️lirik lagu 🎶Sis Ena 🕊️ – ✍️ lirik lagu Sis Ena 🎶
Majlis pernikahan itu difahamkan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan. Antara barang hantaran yang ada antaranya sirih junjung, coklat, buah, cincin, gelang tangan dan hantaran RM7,000.
Sementara mas kahwinnya pula bernilai RM100.
Pada ruangan komen, warganet membanjiri dengan ucapan tahniah kepada kedua-dua pasangan tersebut.
Terdahulu, Ina berkahwin dengan arwah Suhaimi Saad dan dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.