Sebelum ini pernah kecoh kisah Ina Naim tidak ada mesin basuh. Kemudian pelbagai fitnah dilemparkan kepada keluarga arwah suaminya, Suhaimi Saad yang dituduh menyeksa isterinya.

Segelintir pihak menganggap Suhaimi Saad suami yang teruk dan menolak teknologi.

Baca Juga:

Kisah di sebalik mesin basuh

Seorang kenalan rapat Ina Naim, dengan nama Facebook Ryhan Musa berkata: “Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh, ada..tapii..”

“Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat (ye lah budak budak kena buat kerja).”

“Ina tegur jiran tanya ‘kenapa akak?’ – ‘Spin mesin basuh ni rosak na’ jawab jiran tadi.”

“Ina masuk dah bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati.”

Seorang warganet menyatakan bahawa Suhaimi Saad dan Ina Naim insan hebat. Tak ramai yang akan mengambil tindakan seperti itu kepada jiran mereka.

Difitnah jadi peminta sedekah

Kemudian Ryhan berkongsi cerita tentang keluarga Suhaimi Saad dan Ina Naim yang difitinah sebagai menjadi peminta sedekah.

Ryhan menulis: “Mereka sekeluarga pernah difitnah jadi peminta sedekah dengan berpurdah. Ina kata memang benar dia keluar minta sedekah tapi bukan untuk dia dan keluarganya.”

“Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah di sana.”

“Hanya bawa ribu ribu ringgit sahaja, sedangakan orang Kristian dtg bawa jutaan ringgit. Sebab tu ramai yang kembali murtad.”

“Mereka terkapai-kapai dan tidak tahu ajaran Islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan babi & anjing.”

“Tapi ular, kera dan lain lain diorang makan. Mandi wajib pun tak tahu. Suhaimi Saad cakap, semua Allah akan tanya kita nanti. Apa yang kita nak jawab.”

Cerita itu menarik perhatian ramai netizen. Salah seorang berkata, dia pernah mendengar orang berkata Suhaimi Saad aktif membantu golongan sesama Islam di Sabah. Dan kini hatinya lebih tersentuh apabila mengetahui arwah membantu golongan mualaf di sana.

Sebelum meninggal dunia, arwah cuba menyembunyikan dirinya daripada pandangan pengikutnya di media sosial agar mereka tidak nampak keadaan arwah yang semakin susut berat badan ketika itu.

Suhaimi Saad berhenti membuat live dan meminta isterinya untuk melakukannya. Namun arwah masih berusaha untuk membalas sapaan daripada peminatnya yang bertanya di mana dia?

Perginya Suhaimi Saad

Suhaimi Saad yang juga merupakan suami kepada Ina Naim dan memiliki 4 cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka.

Suhaimi dikatakan telah mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu. Dan keadaan kesihatannya menjadi semakin merosot. Membuatkan Suhaimi minta dihantar ke hospital menurut, Ina Naim.

Pada 15 November 2023, Suhaimi Saad disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Arwah Mohd Suhaimi bin Saad merupakan bekas penyanyi nasyid yang lahir pada 12 Oktober 1980. Dia sangat signfikan dengan kumpulan nasyid In-Team yang aktif pada awal 2000-an. Arwah kemudian memutuskan untuk meninggalkan dunia nyanyian nasyid dan fokus kepada projek peribadi.