Netizen menganggap Anak kepada Ketua Dewan Muslimah PAS Melaka, Aisyah telah ‘buat hal’ (bikin panas) di London kerana kritikan pedasnya ke atas aktiviti afterparty anjuran MSOC di UK.

Aisyah menerusi video di TikToknya telah mengkritik penganjuran aktiviti afterparty sebagai satu penghinaan kepada mereka yang beragama Islam.

Afterparty adalah acara yang diadakan selepas acara utama atau rasmi selesai. Dan ianya biasanya acara santai.

Aisyah berkata: “Di sini, di UK, di kebanyakan universiti, ada masyarakat Malaysia atau MSOC.”

“Dan setiap tahun, MSOC di universiti-universiti ini akan mengadakan MGames atau permainan Malaysia. Asasnya, ia adalah acara sukan, lengkap dengan peserta, pencatat skor, jawatankuasa, dan lain lain.”

“Sekarang ini, MSOC di salah satu universiti di UK ini, memutuskan, buat julung kalinya, mengadakan acara ‘afterparty’ untuk MGames.”

“Afterparty ini diadakan di kelab malam. Dan semua peserta MGames dijemput”

“Di sini diingatkan bahawa ‘afterparty’ ini dianjurkan oleh MSOC. Di kalangan masyarakat Malaysia [di sini] bukan hanya terdiri daripada non-muslim tetapi ramai muslim dalam Malaysian Society ini.”

“Aktiviti yang diadakan dalam afterparty ini telah terpesong daripada ajaran Islam. Dan dengan menjemput kesemua peserta termasuk yang beragama Islam datang ke acara ini, adalah satu nada penghinaan.”

“Tambahan pula, clubbing, minum, berparti, tidak sesekali pernah menjadi budaya orang Malaysia.”

“Kita ada cara kita tersendiri untuk meraikan, hiburan. Jadi, kenapa mengadakan aktiviti yang malah bukan sebahagian daripada budaya kita. Dan ini senario yang tidak bagus.”

“Dan selain itu, alkohol secara chemical-nya adalah memudaratkan. Ini adalah peringatan mesra, bukan hanya kepada rakan rakan seagama Islam, namun untuk rakan rakan sesama rakyat Malaysia.”

“Benda yang tak bermanfaat, benda yang tak elok, kalau tak pernah buat, jangan mula buat.”

“Terima kasih kerana meluangkan masa anda.”

@thisisaisyahtrying

♬ original sound – aisyah🧣

Kenyataan Aisyah itu membuatkan ada netizen yang triggered. Dan mereka menganggap Aisyah sebagai telah menimbulkan ketegangan di kalangan komuniti Malaysia berbilang agama di sana.

Seorang pengguna X berkata: “Aisyah telah mencetuskan ketegangan agama di kalangan rakyat Malaysia di UK. Saya meminta JPA memberikan respon segera!”

“Malaysia negara berbilang bangsa, dan tuak adalah sebahagian daripada budaya Sabah/Sarawak.”

Kemudian ada juga yang mengingatkan Aisyah bahawa afterparty itu bukan paksaan dan pelajar beragama Islam boleh memilih untuk tidak menyertai dan tidak perlu berburuk sangka kepada rakan rakannya yang tidak sama agama dengannya sehingga menganggap ianya satu penghinaan kepada agama Islam.

Namu  begitu ada juga yang menyokong kenyataan Aisyah menyatakan bahawa dia cuma menyuarakan pandangan peribadinya dan dia berhak bersuara. Di mana pula pandangannya boleh mencetuskan ketegangan antara pelajar berbilang agama?