Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarhamah Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasman berkongsi di Instagram tentang bapa tirinya menuntut wang dalam jumlah yang besar bernilai jutaan ringgit.
Menerusi Instagram tersebut, Irdina berasa terkejut selepas menerima sepucuk surat dari mahkamah yang menunjukkan surat tuntutan daripada bapa tirinya.
Baca Juga:
- Johnny Depp Mungkin Rampas Kesemua Harta Amber Heard Untuk ‘Settle’ Saman RM65 Juta
- 7 Produk Kosmetik Yang ‘Merbahaya’ Untuk Digunakan Menurut KKM
- 11 Produk Kosmetik Ini Mengandungi Racun Berbahaya Dan Ditarik Dari Pasaran Oleh KKM
Menurut perkongsian Instagramnya, dia kelihatan sedih selepas membaca isi kandungan tuntuan tersebut tetapi dia menganggap ia sebagai ujian Allah buatnya.
Bukan itu sahaja, bekas bapa tirinya itu sering memberi tekanan kepada keluarganya termasuk adik-beradik yang lain selepas kematian ibu kesayangan mereka, Faziani Rohban.
Irdina juga berharap bekas bapa tirinya tidak menarik balik kes tersebut seperti sebelum ini supaya Irdina dapat mendedahkan segala-galanya mengenainya di mahkamah.
“InsyaAllah…Aku akan ke mahkamah, dan aku akan dedahkan segala-galanya di Mahkamah,” tulisnya.
Sementara itu, ramai netizen yang menyokong tindakan Irdina dan berdoa agar semuanya dipermudahkan urusan Irdina dan keluarga.
Segelintir netizen juga menggalakkan Irdina boleh menyaman atas pelbagai kesalahan bapa tirinya bagi mendapat keadilan buat diri dan keluarga jika bapa tiri menarik balik kes tersebut.