Yair Netanyahu, anak kepada Perdana Menteri (PM) Israel, Benjamin Netanyahu, sekali lagi mencetuskan kemarahan dengan mengkritik tentera, badan kehakiman dan media Israel ditengah-tengah perang melawan Hamas.

Kritikan ini disampaikan menerusi kandungan di saluran Telegram ciptaannya di Amerika Syarikat (AS). Dia sepatutnya menyertai perang di Gaza, tetapi anak lelaki Netanyahu ini melarikan diri ke Amerika dan menjalani kehidupan yang ‘enjoy’ manakala tentera Israel sedang bertungkus lumus cuba menjatuhkan Hamas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia sebelum ini dikritik kerana mengeluarkan kenyataan berhubung perang di Gaza.

Dalam salah satu kenyataannya, beliau mendakwa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi telah memberi kesan kepada penglibatan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di sempadan Gaza, sekali gus membenarkan Hamas mendekati pagar sempadan.

Dia yang lari dan hidup tenang di Amerika menyalahkan IDF atas kegagalan mereka pada 7 Oktober, apabila Hamas mengorbankan 1,200 rakyat Israel dan menculik ratusan untuk dijadikan tebusan.

Dia juga menyatakan bahawa terdapat amaran dari seorang anggota IDF bahawa terdapat provokasi awal dari Hamas di Sempadan Gaza.

Dalam kenyataan berikutnya, Yair Netanyahu menegaskan bahawa sektor keselamatanlah yang mendorong penghantaran bahan api diesel ke Semenanjung Gaza.

Organisasi simpanan IDF Brothers in Arms dilaporkan berang terhadap kenyataannya itu.

“Anda perlu melihat fakta: Kebanggaan adalah milik anda, sementara ketidakjelasan dan rasa bersalah adalah milik ayah anda. Era pengaruh jahat anda telah berakhir,” kata organisasi itu, seperti dipetik Jerusalem Post.

“Kami bersatu dengan lelaki dan wanita yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi negara kami, tempat anda melarikan diri. Kami memahami kekecewaan dan keinginan bapa anda; seluruh bangsa memahaminya. Namun, pada suatu malam ketika kami berduka atas kehilangan lapan askar, adalah lebih baik jika anda berdiam diri,” respons pasukan simpanan IDF berterusan.