Korea Selatan menang sekali lagi menentang lawan dari Eropah di Piala Dunia. Terbaru mangsa mereka adalah Czechia, pasukan yang bergantung kepada fizikal dan bola mati untuk menyusahkan Korea Selatan.

Korea Selatan asasnya bermain dengan platform formasi 3-4-3 Namun sistem permainan mereka sangat fluid dan fleksibel.

Analisis Taktikal: Korea Selatan Hadir Dengan Skema Ofensif Dan Kawalan Di Tengah

Mereka bertukar kepada 3-2-5 atau 3-3-4 dalam sekelip mata. Bek sisi mereka akan naik dengan segera ke zon sepertiga akhir pada fasa serangan terutama sekali ketika serangan balas.

Kunci utama mereka adalah mengawal bahagian tengah untuk menetapkan tempo dan mengawal permainan.

Permainan flanker yang berkesan

Lee Kang-in dan Lee Jae-sung bergerak ke half-space dari bahagian sayap. Mereka mengatasi garisan pertahanan Czechia yang agak kurang jelas.

Mereka tidak berminat untuk merampas bola segera pada masa yang sama, mereka beberapa kali diperangkap Korea Selatan ketika garisan pertahanan mereka agak tinggi.

Kemasukan Hwang Hee Chan menguatkan lagi permainan mereka di bahagian sayap pada separuh masa kedua.

Analisis Taktikal: Korea Selatan Hadir Dengan Skema Ofensif Dan Kawalan Di Tengah

Lee Kang In menunjukkan kualitinya ketika dengan bola atau tanpa bola.

Walaupun 2 pemain sayap mereka bermain sebagai penggerak bola di sepertiga akhir, namun maestro Hwang In-Beom adalah pusat kepada segalanya.

Dia sentiasa turun naik di atas padang. Dia turun sampai ke zon ‘quarter back’ untuk mengutip bola daripada Kim Min Jae, dan naik sehingga ke kotak penalti ketika mereka memerlukan pemain tambahan di serangan.

Czechia guna pendekatan klasik

Gol Czechia datang melalui situasi yang memang dijangka sebelum perlawanan iaitu bola mati. Taktikal mereka ini benar benar sudah diketahui.

Korea Selatan sudah cukup kajian dan pembelajaran tentang taktikal Czechia. Terutama sekali bola kedua ketika bola mati.

Ladislav Krejci menjaringkan gol hasil lontaran jauh Vladimir Coufal. Ini bukan kebetulan kerana Czechia antara pasukan Eropah yang paling bergantung kepada situasi set-piece sepanjang kelayakan.

Sistem zonal marking Korea Selatan pada gol pertama juga menjadi penyumbang kepada gol Czechia. Di mana mereka menyerang ruang dengan mudah.

Analisis Taktikal: Korea Selatan Hadir Dengan Skema Ofensif Dan Kawalan Di Tengah

Namun selepas gol itu, mereka memutuskan untuk bermain dengan sangat pasif dan cuba memerangkap Korea dengan berada di zon bawah, merampas bola dan serangan balas.

Malangnya, mereka tidak cukup kualiti untuk membina gerakan serangan balas lebih tajam.

Respon Korea Selatan selepas ketinggalan

Sebaik sahaja ketinggalan 0-1, Korea tidak panik malah memberikan respon sangat baik.

Hong Myung-bo meningkatkan bilangan pemain di antara garisan midfield dan pertahanan Czechia. Ini menyebabkan blok pertahanan Czechia mula terpecah.

Gol pertama adalah daripada sistem ultra offensive 3-3-4 Korea Selatan yang sangat berani.

Analisis Taktikal: Korea Selatan Hadir Dengan Skema Ofensif Dan Kawalan Di Tengah

Korea Selatan bermain dengan gerakan lincah pemain dengan pusat graviti rendah mereka yang menyukarkan pertahanan Czchia.

Lihat laporan opta ini, apa yang berlaku di kotak penalti Czechia selepas gol pertama.

 

Czechia mula kehilangan kawalan terhadap ruang zon 14 (ruang di hadapan kotak penalti).

Gol penyamaan Hwang In-beom lahir daripada situasi ini apabila Korea akhirnya berjaya menembusi blok tengah Czechia.

Analisis Taktikal: Korea Selatan Hadir Dengan Skema Ofensif Dan Kawalan Di Tengah

Dan In Beom tiba tiba menjadi flanker untuk menyambut hantaran rakannya dan melorongkan bola untuk disambar oleh Hyeon Gyu. Pemain gantian ini benar benar memberikan impak.

Rumusan

Mungkin perbincangan akan juga terarah kepada prestasi Son Heung Min. Namun jelas sekali Korea Selatan menunjukkan bahawa mereka tidak terlalu bergantung kepada Son apabila pemain itu kurang menyerlah.

Mereka masih ada bakat lain untuk masuk dan menjadi ancaman baharu kepada lawan.

Apapun, kemenangan ini adalah kerana disiplin taktikal dan juga kesabaran Korea Selatan untuk terus cuba mencipta peluang.