Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 menyaksikan Sepanyol muncul juara setelah menewaskan Argentina 1-0 dalam masa tambahan.
Kemenangan Sepanyol ini adalah hasil daripada dominasi yang konsisten berdepan dengan pasukan yang memilih untuk bermain sangat negatif dan pasif iaitu Argentina.
Strategi Sepanyol: Dominasi dan Tekanan Berterusan
Di bawah bimbingan jurulatih Luis De La Fuente Castillo, Sepanyol mempamerkan corak permainan yang jelas berorientasikan dominasi dan penguasaan bola.
Pasukan ini bukan sekadar mengawal bola, tetapi turut mengawal setiap fasa permainan, memaksa Argentina untuk sentiasa berada dalam keadaan tekanan di blok rendah.
Dengan merekodkan 20 percubaan ke arah gol, Sepanyol menunjukkan intensiti serangan yang tinggi, meskipun berdepan dengan ketangkasan penjaga gol Argentina, Emiliano Martínez.

Namun kata kuncinya adalah cabaran dan berterusan membina serangan dengan corak permainan teratur.
Sepanyol bagaimanapun bergelut dengan kualiti hantaran akhir pada separuh masa pertama. Aspek yang mereka perbaiki di separuh masa kedua.
Eksploitasi Sayap Kanan sebagai Titik Serangan Utama
Pendekatan ofensif Sepanyol banyak tertumpu kepada eksploitasi sayap kanan padang.
Kawasan ini menjadi titik pelepasan utama serangan mereka. Gandingan bek sayap kanan yang agresif, Pedro Porro, bersama pemain sayap lincah, Lamine Yamal.

Merka berjaya mencipta overload yang berterusan,sehingga berlaku pertukaran posisi tanpa disedari Argentina, di mana Porro kerap berada di luar kotak penalti di bahagian lebih ke tengah.
Sepanyol secara sistematik menghasilkan situasi 2 lawan 1 terhadap bek kiri Argentina, Nicolas Tagliafico. Ini merupakan kelebihan struktur yang direka untuk meregangkan formasi pertahanan rapat Argentina.
Selepas mencuba berkali kali menerusi arah kanan, Sepanyol memasukkan Nico Williams untuk ‘ancaman berganda’ di dua koridor, kiri dan kanan. Memandangkan impak Alex Baena agak kurang.

Kemasukan Nico Williams telah mengubah [shifting] tekanan ke arah kiri pula. Dan dia mencetuskan banyak gerakan bahaya serta mencipta assist untuk Ferran Torres.
Gol kemenangan pada minit ke-106 adalah manifestasi jelas keberkesanan strategi dan disiplin untuk kekal ‘mahu bermain bola’.
Hantaran lintang tepat dari Porro di sayap kanan, diikuti dengan tandukan bijak Nico Williams yang mengarahkan bola ke depan gawang, dan disudahkan dengan tenang oleh Ferran Torres.

Pendekatan Argentina: Blok Rendah dan Ketangkasan Martinez
Di pihak Argentina, jurulatih Lionel Scaloni menerapkan strategi blok rendah (low block) dan blok dalam (deep block).

Pasukan ini rela menyerahkan penguasaan bola dan wilayah kepada Sepanyol, dengan fokus utama untuk mengekalkan formasi pertahanan yang rapat dan padu.
Strategi ini bergantung kepada disiplin taktikal yang tinggi serta keupayaan individu pemain untuk menahan asakan lawan.
Namun pendekatan mereka terlalu pasif dan negatif. Mereka tidak dapat melakukan serangan balas. 90 minit tanpa sebarang percubaan langsung.
Dan 120 minit tanpa sebarang on target.
Perubahan Taktikal dan Impak Kad Merah
Pada separuh masa pertama, Scaloni melakukan perubahan taktikal dengan menggantikan Nico González dengan Leandro Paredes.
Objektifnya adalah untuk menambah seorang lagi pemain tengah bagi memadatkan kawasan tengah, sekali gus memaksa Sepanyol untuk menyerang melalui bahagian sayap.
Strategi ini agak berkesan, sekurang-kurangnya dalam mengehadkan akses Sepanyol ke kawasan berbahaya di tengah padang.
Seterusnya peranan Emi Martinez juga sangat penting dalam memastikan Argentina tidak dibolosi sepanjang 90 minit. Tanpa Martinez yang cemerlang, Argentina boleh dibelasah dalam perlawanan ini.
Unai Simón made fewer saves during the entire 2026 World Cup than Emiliano Martínez did in the final against Spain 🧤😳
Two very different experiences 👀 pic.twitter.com/I2Dqhlxzdy
— OneFootball (@OneFootball) July 19, 2026
Namun begitu, titik perubahan yang paling besar dalam perlawanan berlaku pada penghujung minit ke-90+3 apabila Enzo Fernández dilayangkan kad merah.
Sebelum itu mereka sudah kehilangan Lisandro Martinez dan Cuti Romero.
Insiden ini merupakan tamparan hebat buat Argentina. Scaloni sebelum itu telah mengeluarkan Julian Alvarez dan memasukkan bek tengah Marcos Senesi, satu petanda jelas bahawa beliau berhasrat untuk membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Kini mereka terpaksa mengharungi 30 minit lagi extra time tanpa seorang pemain yang merupakan pemain tengah terbaik mereka, Enzo Fernandez.
Idea dia sekarang, mereka mahu mengheret Sepanyol ke penentuan penalti. Kerana itu adalah lebih kepada ‘jackpot’.
Argentina sedar, mereka bukan lawan setaraf dengan Sepanyol pada hari semalam, dengan beberapa lagi ‘setback’ berlaku di atas padang.
Namun mereka gagal kerana Sepanyol berterusan menyerang dan akhirnya mendapat gol.
Wisel penamat: Kemenangan Taktikal Sepanyol
Secara keseluruhan, kemenangan Sepanyol adalah hasil yang selayaknya daripada dominasi struktural mereka. Sepanyol sedar Argentina mahu menyakiti mereka dengan serangan balas.
Namun Sepanyol fokus kepada kekemasan dalam dominasi bola, mengelak daripada melepaskan bola di kawasan bahaya.
Meskipun Argentina mempamerkan tentangan yang mengagumkan dengan blok rendah dan persembahan cemerlang Emiliano Martinez, Sepanyol tetap berjaya mencari jalan untuk memenangi perlawanan ini.
Bayangkan jika Sepanyol tak menang perlawanan ini dan tewas dengan hanya 1 shot on target oleh Argentina pada extra time. Pastinya ia satu kepedihan dan rasa tidak adil untuk mereka.
Kerana hanya 1 pasukan yang benar benar mahu bermain bola sepak kali ini iaitu Sepanyol.