Malaysia tunduk di tangan Oman pada aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Berikut adalah analisis ringkas kami tentang kenapa Malaysia kalah perlawanan ini di tangan oman

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Malaysia lambat matikan ancaman

Satu perkara yang Harimau Malaya perlu perbaiki pada perlawanan akan datang adalah sifat agresif. Dalam perlawanan ini pertahanan Malaysia seringkali terlalu tak agresif.

Kesannya Oman berterusan menyerang ruang yang mereka perlukan untuk melakukan hantaran bahaya.

Malaysia terlalu fokus kepada pertahanan yang kompal secara berpasukan. Namun dari segi pressing dan pressuring, tidak begitu bagus.

Zonal marking skuad Malaysia kali ini tidak begitu bagus. Pemain seringkali membiarkan zon penting itu dijajah lawan.

Gol pertama Oman misalnya, tiada pemain yang agresif mematikan gerakan atau ‘menyerang’ bola. Kemudian terlalu mudah bola dialirkan di dalam kotak penalti.

Lihat situasi ini:

Begitu juga dengan gol kedua apabila sekali lagi bola terlalu mudah dialirkan dalam kotak penalti. Tidak ada ‘defensive action’ yang baik serta agresif dibuat.

2. Malaysia bermasalah dengan duel udara

Aerial duel menjadi masalah besar Malaysia kali ini. Ianya lebih kepada sikap pemain yang terlalu kerap ‘misjudge’ bola.

Oman banyak kali melakukan hantaran lintang tinggi yang menghasilkan ancaman bahaya sama ada secara ‘direct’ ataupun  tidak langsung.

Pemain Malaysia seperti hilang komunikasi ketika bertahan di dalam kotak penalti berdepan dengan bola tinggi. Banyak situasi di mana para pemain berada dalam unit yang cukup untuk berdepan lawan namun masih Oman mencipta percubaan ke gawang gol.

3. Serangan tidak kemas

Malaysia berdepan dengan masalah lama yang menghantui mereka kembali. Tiada permainan kombinasi yang berkesan di zon serangan.

Pemain seperti Ariff Aiman atau Faisal Halim cuba mencetuskan momen namun tidak menjadi kerana sistem permainan yang kurang sinergi di atas.

Perkara ini mengurangkan aspek lain termasuk kreativiti dan penyudah.

Malaysia perlu lebih berani untuk ‘bermain bola’ di sepertiga akhir lawan. Sepertimana yang mereka lakukan dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Rumusan

Malaysia memberikan ruang yang besar kepada Oman untuk bermain di dalam kotak penalti. Oman berterusan mencipta peluang berbanding Malaysia yang kurang ciptaan peluang atau serangan balas berkesan.

Kekurangan aksi kompetitif sebelum perlawanan ini melibatkan pemain pemain Malaysia memberikan kesan dari segi ketajaman permainan dan fokus pemain. Malah ramai pemain masih belum merasai aksi pra musim sekalipun.

Ianya kemenangan yang adil untuk pasukan lebih baik. Malaysia masih ada peluang untuk aksi timbal balik pusingan kedua.