Tindakan speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat Nancy Pelosi mengunjungi Taiwan pada hari Selasa bukan sahaja mencipta rekod sebagai pegawai tertinggi pertama yang melawat pulau itu selepas 25 tahun, ia juga mencipta situasi panas dan rasa tidak senang duduk China dengan sikap membuli Amerika Syarikat.
China yang mendakwa bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada tanah jajahan negara yang dipimpin parti komunis pasti tidak senang dengan tindakan AS. Lawatan Pelosi dianggap menambah ketengan antara dua negara, dengan China melihat lawatan Pelosi seolah mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah pulau merdeka.
China telah memberi amaran tentang langkah yang lebih tegas jika Pelosi meneruskan lawatan tersebut. Kementerian Pertahanan China berkata bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menjalankan satu siri operasi ketenteraan yang disasarkan untuk “menjaga kedaulatan negara” sebagai tindak balas kepada lawatan Pelosi. Ia berikrar untuk tegas menggagalkan campur tangan luar dan percubaan untuk ‘memerdekakan Taiwan’.
Kerajaan AS pula seolah tidak mengendahkan ancaman China, tiada pula kenyataan yang menggesa agar Pelosi membatalkan cadangannya untuk melawat Taiwan. Malah AS berkeras bahawa Beijing perlu menghormati dasar AS terhadap Taiwan.
House Speaker Nancy Pelosi arrived in Taiwan on Tuesday evening for the highest-level visit by a U.S. official to the self-governing island in decades.
Pelosi began her trip to Asia on Sunday without disclosing whether Taiwan was on the itinerary. https://t.co/gHOrD9gwgQ pic.twitter.com/Qo3B3jZsYi
— The Washington Post (@washingtonpost) August 2, 2022
Bagi Menteri Luar China Wang Yi, tindakan AS ini adalah sebuah bentuk pengkhianatan dan memberi isyarat yang tidak baik kepada Beijing. Tambah Wang Yi lagi, AS seolah-olah cuba bermain dengan api serta menunjukkan perangai mereka yang sebenar yang suka membuli keamanan negara luar.
Namun bagi Pelosi yang bercakap kepada media sejurus selepas tiba di Taiwan, apa yang beliau lakukan ini adalah bagi menghormati komitmen AS dalam memastikan Taiwan terus ditegakkan dengan demokrasi. Selain itu, lawatan ke Taiwan ini tidak pernah bercanggah dengan dasar AS yang telah lama wujud.
Selepas tiba di Taiwan, benteng pertahanan telah didirikan di luar Hotel Grand Hyatt di Taipei. Difahamkan bahawa Pelosi akan tinggal di hotel tersebut sambil dilengkapi dengan tahap keselamatan yang tinggi. Beberapa bangunan di sekitar hotel turut menyambut Pelosi dengan mesra. Sepanduk dan kata-kata aluan seperti ‘Selamat datang ke Taiwan, Speaker Pelosi’ telah diletakkan di bahagian kiri kanan jalan menghala ke hotel.
Benteng pertahanan ini dibina selepas China berulang kali mengeluarkan ancaman kepada AS bahawa Taiwan adalah wilayah mereka dan jika lawatan ini diteruskan, tentera China tidak akan berdiam diri. “A.S. dan Taiwan telah berpakat untuk membuat provokasi dan China terpaksa bertindak untuk mempertahankan diri,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying kepada pemberita pada hari Selasa di Beijing.
Speaker Nancy Pelosi has arrived in Taiwan, making the highest-level visit by a U.S. official in 25 years. The trip sets up a standoff with China, which claims Taiwan, a democracy, as its territory and has vowed to take it back, by force if necessary. https://t.co/mCzEWTRXHz pic.twitter.com/6hrV8Pg6K0
— The New York Times (@nytimes) August 2, 2022
Hua menambah bahawa China telah cuba memberi amaran kepada AS bahawa lawatan ini bahaya jika diteruskan dan segala tindakan yang diambil China selepas itu adalah bersifat wajar serta perlu bagi menghadapi sikap membuli dan tidak bertanggungjawab dari Washington.
Badan perundangan China turut mengeluarkan kenyataan sejurus selepas Pelosi tiba di Taiwan dengan menyatakan bahawa perjalanan itu melanggar teruk prinsip ‘Satu China’ yang menganggap Taiwan adalah sebahagian tanah jajahan kerajaan Komunis China.
Rumah Putih pada hari Isnin lalu turut menyatakan bahawa AS tidak berminat untuk menghangatkan lagi ketegangan dengan China dan “tidak akan termakan umpan atau terlibat dalam permainan pedang.” Bagi AS, keputusan untuk melawat Taiwan adalah milik Pelosi dan mereka tidak berminat untuk melayan provokasi China.
AS melihat apa yang cuba dilakukan oleh Beijing ini seolah-olah mahu menambah garam di atas luka yang sudah lama berlubang. Beijing seolah mahu menggunakan lawatan ini sebagai alasan untuk menjalankan misi ketenteraan terhadap Taiwan.
Incredible footage of people cheering the arrival of @SpeakerPelosi’s jet in Taiwan earlier this evening. pic.twitter.com/oMrPm0ouZq
— Aristotle (@goLoko77) August 3, 2022
Selain membina benteng di tengah-tengah bandar Taiwan, AS turut membawa kapal penjelajah USS Antietam dan kapal pemusnah USS Higgins yang kini sudah berlabuh di Jepun. Kapal ini mempunyai kekuatan dan kemudahan yang canggih seperti kelengkapan pesawat, termasuk jet pejuang dan helikopter F/A-18.
Taiwan dan China berpecah pada tahun 1949 selepas Komunis memenangi perang saudara di tanah besar. AS mengekalkan hubungan tidak rasmi dan hubungan pertahanan dengan Taiwan walaupun ia mengiktiraf Beijing sebagai sebuah kerajaan China.
Beijing melihat hubungan rasmi AS dengan Taiwan adalah sebuah bentuk galakan untuk mengekalkan kemerdekaan pulau itu selama beberapa dekad.
Pelosi, ketua salah satu daripada tiga cabang kerajaan AS, ialah pegawai tertinggi Amerika yang dipilih untuk melawat Taiwan sejak Speaker Newt Gingrich pada 1997. Beliau telah menggunakan kedudukannya dalam Kongres AS sebagai utusan di pentas global. Beliau telah lama mencabar China mengenai hak asasi manusia, termasuk pada tahun 2009 apabila dia menyerahkan sepucuk surat kepada Presiden ketika itu Hu Jintao menyeru agar tahanan politik dibebaskan.
AS batalkan 44 penerbangan ke China selepas China batalkan 44 penerbangan ke AS. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
AS Batalkan 44 Penerbangan Ke China Selepas China Batalkan 44 Penerbangan Ke AS
Pertikaian Antara Malaysia Dan China, AS Kerah Dua Kapal Perang Ke Laut China Selatan