Nampaknya kita rakyat Malaysia akan mula memasuki pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga di seluruh negara bermula 12 Mei ini. Arahan ini datang daripada kenyataan media oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diedarkan kepada media
Sambutan hari kemenangan umat Islam iaitu hari raya Aidilfitri yang bakal kunjung datang sedikit berbeza tahun ini berikutan daripada arahan kerajaan yang dikeluarkan semalam.

Rakyat Malaysia kini tidak lagi dibenarkan untuk melakukan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri. Tetapi anda masih boleh hadir ke solat sunat Aidilfitri dengan kehadiran yang telah dihadkan oleh pihak kerajaan.
Muhyiddin turut berkata bahawa tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021. Bagi arahan lain pula, ia akan dikuatkuasakan pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pic.twitter.com/MGN0BdWPsh
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) May 10, 2021
Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak akan menutup sektor ekonomi dan mereka dibenarkan beroperasi seperti biasa biarpun kes semakin hari, semakin menunjukkan angka yang angresif. Kenyataan terbabit turut menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara akan bertanggungjawab membentangkan SOP terperinci arahan yang terkandung di dalam PKP.
Selain daripada itu, Muhyiddin turut merayu kepada orang ramai untuk terus berdisiplin dan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Beliau turut yakin bahawa cara terbaik untuk melandaikan lekuk COVID-19 adalah dengan duduk di rumah.
Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia dengan kejayaan melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19 pada PKP pertama dan kedua sambil meminta rakyat Malaysia agar sentiasa mengambil langkah berwaspada dengan gelombang ketiga wabak COVID-19 yang lebih bersifat ganas dan kritikal.
#COVID19 update for May 10. Malaysia recorded 3,807 new positive cases with 17 deaths.
The whole of Malaysia will be placed under (MCO) from May 12 to June 7, as the country grapples with rising COVID-19 infections. pic.twitter.com/VQJ6YPtidG
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) May 10, 2021
“Hadapilah gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin. Hanya diri kita yang boleh jaga nyawa kita sendiri selain ketentuan Ilahi,” katanya lapor Harian Metro.
Untuk rekod, kes COVID-19 semalam mencatatkan 3,807 kes baru dengan 17 lagi kematian dalam tempoh yang sama, dengan keseluruhan 1,700 kematian terkumpul sehingga ke hari ini, lapor Malay Mail.
Kematian dilaporkan semalam di Selangor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Kedah dan Kelantan, melibatkan 16 penduduk tempatan dan seorang warga asing, semuanya berusia 48 hingga 92 tahun.
Malaysia rekod kes pertama varian COVID-19 mutasi berganda, dibawa masuk menerusi rakyat India. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Malaysia Rekod Kes Pertama Varian COVID-19 Mutasi Berganda, Dibawa Masuk Menerusi Rakyat India
Ismail Sabri Beri Bayangan Kes COVID-19 Dijangka Mencecah 5,000 Sehari Selepas Hari Raya
23,779 Murid Bawah 12 Tahun Dijangkiti COVID-19 Sejak Awal Tahun Ini