Gitaris Projector Band, Angah menyatakan bahawa dia merindui Apak ataupun Harry Khalifah setelah sekian lama tidak bertegur sapa dengannya.

Mengakui ada sengketa antara mereka beberapa tahun lalu, kedua duanya membawa haluan masing masing. Namun Angah menyatakan dia kesal dengan apa yang berlaku dan meminta maaf di atas kesilapannya.

Baca Juga:

Baru baru ini Angah masuk ke siaran langsung Apak dia TikTok dan memberikan hadiah buat gitaris yang banyak membantunya ketika dia baru meningkat naik dalam industri.

Apak yang terperasan akan nama Angah terus menyapanya. Dan mereka berborak panjang. Dia tak sangka sama sekali Apak seperti tidak berdendam dengannya.

Oleh itu Angah Projector Band nekad mahu berjumpa dengan Apak secara bersemuka selepas ini. Dan kalau boleh hanya mereka berdua sahaja untuk melepaskan rindu kepada insan yang dia anggap ibarat seperti ayah dia sendiri.

Sambil itu dia secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Apak.

Bercakap kepada Mstar Online, Angah berkata: “Saya rindu sangat kat dia, abang Harry saya minta maaf dan nak jumpa peluk cium. Kalau boleh jangan ada orang lain, hanya kita berdua saja yang berjumpa waktu itu.”

“Baru baru ini, Angah masuk dalam TikTok dia waktu dia tengah bersiaran langsung dan saya bagi gift dekat dia. Dia kemudian perasan, jadi kami mulalah berborak hampir sejam lebih.”

“Tak sangka pula dia okay dan cerita balik kenangan dulu dulu, membuatkan saya terus jadi sebak.”

“Kami ni macam anak dan bapa yang bergaduh. Lagipun saya hilang ayah saya masa tingkatan dua. Dan saya anggap dia macam bapa saya sendiri. Jadi, apabila terjadi macam ni, memang saya rindu sangat. Dia pernah ada bersama saya ketika susah dan senang sekali.”