Ange Postecoglou mengeluarkan kenyataan selepas sah dipecat pada hari Jumaat. Walaupun berjaya membawa kelab itu memenangi trofi pertama dalam tempoh 17 tahun menerusi kemenangan bersejarah di Bilbao apabila Spurs menjuarai Liga Europa dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United, pengurus dari Australia itu tetap dipecat.

Tottenham menamatkan musim Liga Perdana Inggeris di tangga ke-17 dan ianya telah mendorong pengerusi kelab, Daniel Levy, untuk membuat keputusan memecat beliau.

Masa depan Ange sebenarnya sudah pun diputuskan sebelum final UEL lagi. Walaupun dia juara UEL, dia tetap akan dipecat kerana prestasi buruk dalam liga.

Namun begitu, ramai peminat mulai mendesak kelab untuk memberikan peluang sekali lagi kepada Ange Postecoglou selepas kejayaan membantu kelab itu menjuarai trofi eropah.

Malangnya, Dany Levy sudah nekad mahu memecat pengurus tersebut.

Ange Postecoglou telah mengeluarkan satu kenyataan sejurus selepas berita pemecatan diumumkan, melalui agensinya CAA Base, dengan meluahkan rasa bangga terhadap pencapaiannya di kelab tersebut.

Ange Postecoglou sedih dan bangga

Postecoglou berkata: “Apabila saya mengenang kembali masa saya sebagai pengurus Tottenham Hotspur, perasaan utama saya adalah rasa bangga.

“Kesempatan untuk memimpin salah satu kelab bola sepak bersejarah di England dan mengembalikan kegemilangan yang sewajarnya adalah sesuatu yang akan saya kenang sepanjang hayat.

“Berkongsi pengalaman itu dengan semua yang benar-benar mencintai kelab ini serta melihat kesannya kepada mereka adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan.

“Malam di Bilbao itu adalah kemuncak kepada dua tahun kerja keras, dedikasi dan kepercayaan yang tidak pernah luntur terhadap satu impian. Terdapat banyak cabaran yang perlu diatasi dan banyak ‘suara bising’ yang hadir apabila cuba mencapai sesuatu yang dikatakan mustahil oleh ramai.

spurs
Tottenham Hotspur’s South Korean forward #07 Son Heung-min raises the trophy as he celebrates with teammates winning the UEFA Europa League final football match between Tottenham Hotspur and Manchester United at San Mames stadium in Bilbao on May 21, 2025. (Photo by Thomas COEX / AFP) (Photo by THOMAS COEX/AFP via Getty Images)

“Kami juga telah meletakkan asas yang membolehkan kelab ini tidak perlu menunggu lagi 17 tahun untuk kejayaan seterusnya. Saya mempunyai keyakinan yang besar terhadap kumpulan pemain ini dan tahu mereka masih mempunyai potensi dan ruang untuk berkembang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjadi nadi kelab ini — para penyokong. Saya tahu ada masa-masa sukar, tetapi saya sentiasa merasakan bahawa mereka mahukan saya berjaya, dan itu memberi saya motivasi untuk terus maju.

“Penting untuk saya juga mengiktiraf semua warga kerja di Spurs yang memberi sokongan kepada saya setiap hari.”*

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bersama saya setiap hari selama dua tahun ini. Sekumpulan anak muda yang hebat yang kini menjadi legenda kelab bola sepak ini, serta para jurulatih yang cemerlang yang tidak pernah meragui bahawa kami mampu melakukan sesuatu yang istimewa.

“Kita akan sentiasa terhubung. Audere est Facere . Ange.”