Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou jelas tidak berpuas hati dengan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) dalam bola sepak.
Hal ini kerana beliau merasakan penggunaan teknologi tersebut membuatkan beliau merasa terputus hubungan dengan permainan ini sambil menambah bahawa ia membuatkan dirinya semakin tidak suka dengan bola sepak.
Baca Juga:
- Tottenham Hotspur Malukan Manchester United Di Old Trafford
- Sedut ‘Gas Ketawa’, Tottenham Hotspur Gantung Yves Bissouma
- Google Dalam Rundingan Bersama Tottenham Dapatkan Hak Nama Stadium Bernilai RM1.1 Bilion
Kenyataan itu dikeluarkan selepas skuad kendaliannya tewas 0-1 kepada Chelsea pada pertengahan minggu lalu dimana jaringan Pape Matar Sarr dibatalkan kerana beliau dikesan melakukan terjahan keras terhadap Moises Caicedo sebelum merembat masuk bola menewaskan penjaga gol, Robert Sanchez.
Kekalahan itu menjadikan Postecoglou sebagai pengendali pertama buat Tottenham Hotspur yang tewas dalam empat perlawanan pertama di tempat lawan di Stamford Bridge.
Mujur, skuad kendaliannya berjaya menundukkan Southampton 3-1 pada aksi liga yang berlangsung malam tadi.
Luahan Ange Postecoglou Mengenai VAR
“Saya tidak faham. Sebagai manusia, kita seolah-olah terlalu menerima segala-galanya pada masa kini,” ujar beliau menurut sumber laporan Sky Sports.
“Saya tidak faham. Saya tak tahu. Saya cuma fikir kita sepatutnya mempunyai lebih banyak daya juang sebagai manusia dalam menentang perkara-perkara yang merosakkan teras apa yang kita percayai.”
“Seperti benda-benda ini [merujuk kepada VAR]. Kita terima mereka dalam hidup kita dan sekarang kita cuba untuk menarik semula semuanya kerana kita tahu kerosakan yang mereka bawa.”
“Semuanya sudah terlanjur sama juga yang terjadi dengan VAR dan bola sepak, tetapi kita membiarkannya terus berjalan.”
“Tidak dinafikan, ini bukanlah permainan yang saya cintai. Mungkin saya dipengaruhi oleh England dan khususnya First Division yang lama.”
“Apa yang saya suka tentangnya berbanding liga lain adalah kelajuan permainan yang sangat sengit.”
“Dalam bola sepak Inggeris, sentiasa ada sesuatu yang berlaku dan ia memberi pengaruh yang besar kepada saya dari segi jenis bola sepak yang saya suka tonton.”
“Sentiasa ada banyak liga lain yang boleh kita tonton, tetapi ia selalu First Division Inggeris, anda tahu, permainan dari hujung ke hujung, tidak banyak pasukan yang cuba bertahan untuk kemenangan, semuanya hanya pergi untuk melakukan serangan bagi mendapatkan kemenangan,” tambah Ange Postecoglou lagi.