Isu tunggakan gaji terus berleluasa dalam kancah liga bola sepak tempatan apabila kali ini turut melibatkan skuad Liga Super iaitu Sabah.
Menurut sumber laporan Harian Metro, masalah tunggakan gaji skuad Sabah memang benar-benar berlaku dan ia bukanlah sekadar spekulasi di media sosial sahaja.
Baca Juga:
- Elemen Budaya Jadi Pilihan Tema Jersi ‘Home’ Sabah
- Laman YouTube Sabah FC Bertukar ‘Bye’, Staff Media Kecewa Gaji Tidak Dibayar
- ‘Neymar Malaysia’ Kembali Perkuat Jentera Serangan Sabah
Hal tersebut menjadi tumpuan kerana sebelum ini pemain Sabah seperti Saddil Ramdani dan Farhan Roslan dilihart meraikan jaringan ketika bertemu PSIS Semarang dengan menunjukkan isyarat empat jari.
Keadaan itu menjurus kepada spekulasi yang mengatakan mereka masih belum menerima gaji sejak bulan Mac lagi.
Sehubungan dengan itu, Mohd Joh Wid yang merupakan Pengurus Besar Sabah FC menegaskan bahawa spekulasi itu hanyalah bersifat ‘serkap jarang’ dan keadaan tidak seburuk disangka.
“Saya tidak akan menjawab tuduhan mengenai perkara ini (masalah pembayaran gaji) kerana ia akan memanjangkan lagi isu, bukannya meredakan apa yang dibangkitkan itu.”
“Apa yang saya boleh katakan, gaji pemain akan tetap dibayar dan saya mahu sebut situasi Sabah FC ketika ini tidak seteruk seperti apa yang dicakap (digambarkan) di media sosial itu.”
“Saya tidak mahu akan timbul lagi polemik lain jika saya menjawab perkara itu.”
Namun, pendedahan terbaharu menerusi sumber Harian Metro memberikan isyarat permasalahan ini masih menemui jalan buntu.
“Sejak kebelakangan ini terdapat dakwaan berkaitan tunggakan gaji melanda Sabah FC. Ada yang mengatakan gaji sudah dibayar namun hakikatnya tidak berlaku.”
“Pemain sememangnya terkesan dengan situasi itu namun mereka profesional dan terus beraksi seperti biasa walaupun gaji tidak dibayar.”