Ibu kandung kepada Musa, Athira, tampil menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Noh Salleh di mahkamah semalam berkaitan dengan isu penjagaan anaknya itu.

Menurut laporan, Athira berasa kesal dan kecewa dengan kenyataan putar belit yang dikeluarkan oleh Noh ketika ditemubual oleh pengamal media berhubung kemelut hak penjagaan Musa.

Baca Juga:

Menurutnya, dia tidak memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika kanak-kanak itu di bawah penjagaan Mizz Nina. Malah, dia mendakwa telah dimanipulasi.

“Ketika dia minta saya menandatangani Statutory Declaration (SD), dia kata sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia jaga Musa buat sementara.

“Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.

“Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah.” ujar Athirah.

Tegasnya, sejak awal lagi dia hanya menyerahkan penjagaan Musa kepada Mizz Nina seorang dan penyerahan tersebut juga sah.