Isu berkaitan hak penjagaan anak angkat Mizz Nina dan bekas suami menjadi perhatian umum baru-baru ini. Semalam, sebuah video temubual pihak media bersama Essam, suami Mizz Nina telah tular di media sosial.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila Fynn Jamal meninggalkan komen di video terbabit seolah-olah menyindir seseorang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Shut up we all know the truth.” tulis Fynn Jamal.

Selain itu, hantaran di Instagram miliknya juga mencetuskan persoalan netizen apabila dia mendakwa nombor Whatsapp yang digunakannya telah disekat dipercayai kerana ada ramai yang membuat ‘report’ terhadap nombornya.

Bukan itu sahaja, dia mengatakan bahawa mungkin selepas ini dia akan kehilangan akses untuk Instagram miliknya kerana ada pihak yang membayar agar akaunnya dilaporkan kerana melakukan jenayah.

“Tidak pernah Allah tidur dan tidak mungkin ada yang tersembunyi di hari keadilan.

“Hari di mana duit kau yang berjuta takkan ada harga, tak ada kaki untuk tolong letup orang kau tak suka, tak ada peguam untuk kau bayar, tak ada cybertroopers untuk kau titah.” tambahnya.

Hantaran Fynn Jamal itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan rata-rata netizen mahu tahu kebenaran yang dimaksudkan oleh Fynn Jamal.