Pagi ini telah berlangsungnya kes melibatkan hak penjagaan Musa melibatkan Noh Salleh dan Mizz Nina yang diwakilkan oleh suaminya, Essam Muhammad.

Jika sebelum ini, Mizz Nina lantang memaklumkan terdapat perjanjian antara beliau bersama ibu kandung Musa, Athira serta beliau mempunyai hak penjagaan penuh, Noh Salleh pula berpendapat sebaliknya mendakwa perjanjian tersebut tidak wujud sama sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih mengejutkan Noh Salleh di mahkamah pada hari ini, Mizz Nina turut menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Nafi culik Musa seperti yang didakwa Mizz Nina

@ohbulanofficial

Replying to @myr Semoga Allah tunjukkan kebenaran 🤲#mizznina #ohbulan #fyp #nohsalleh

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Noh Salleh menerusi soal jawab bersama Oh Bulan! memaklumkan dirinya dianiaya malah menafikan dirinya menculik Musa pada 19 Disember lalu.

“Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.

Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran.

Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang.” ulas Noh.

Noh berkata demikian sejurus usai prosiding Sulh bagi hak penjagaan Musa yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, pada Isnin.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Hujan itu tidak mengetahui apa punca sebenar bekas isteri menarik semula kes tersebut.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.

Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.

Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa.” jawab Noh.

Sementara itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata tiada sebarang dokumen penyerahan dikemukan.

“Di dokumen penjagaan itu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan hanya ada dokumen penjagaan.

Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?” soal Noh.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Sumber