Influencer dan penyanyi , Fynn Jamal baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen menerusi perkongsian beliau yang dibuat menerusi Instagram Stories mengenai anaknya, Arjuna.

Kisahnya bermula apabila beliau membuka ruang untuk orang ramai bertanyakan soalan mengenai anaknya iaitu Arjuna yang merupakan kanak-kanak autisme.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerima respon daripada salah seorang pengikut yang mendoakan agar Fynn Jamal terus kuat untuk menjaga Arjuna, respon Fynn Jamal nampaknya sedikit berbeza berbanding individu-individu lain.

Menurut Fynn Jamal, beliau berharap agar Allah mengambil nyawa Arjuna lebih pantas manakala dirinya pula mengakui tidak berminat untuk hidup dalam tempoh yang panjang kerana khuatir lebih banyak dosa akan dilakukan.

Beliau turut akui risau sekiranya ajal menjelma dengan lebih awal sebelum Allah mengambil nyawa anaknya.

Fynn Jamal sebelum ini turut berjaya mempunyai beberapa lagu hits termasuk lagu Arjuna Beta yang dihasilkan khas buat anaknya, Bakti Arjuna Fitri Abdullah.

Sumber