Pada hari ini siapa-siapa sahaja boleh mula memasak tanpa perlu pergi ke kelas fizikal. Cukup dengan mengikuti influencer masakan di akaun media sosial mereka.
Seorang pembangun perisian, Hafizuddin Sharif membangunkan aplikasi dikenali sebagai Kerisik: Recipe Manager — menyatukan resipi masakan yang dikongsikan pempengaruh yang ada di Malaysia.
Baca Juga:
- 7 Menu Berbuka Puasa Masjid TNB 2026: Apa Yang Menarik Tahun Ini?

- ‘Uncle’ Dipuji, Ingatkan Pelanggan Beli Stok Puasa Sebelum Kedai Cuti Panjang

- ‘Tom Sanggup Bangun 4 Pagi Untuk Masak’, Doucoure Puji Everton Sokong Dan Bantu Pemain Muslim Berpuasa

Kerisik bukan sahaja membolehkan pengguna melihat resipi masakan, bahkan ia juga berfungsi sebagai checklist untuk beli bahan-bahan resipi dan merancang resepi yang akan dimasak.

Antara influencer yang sudah ada di dalam aplikasi Kerisik adalah –
1. Khairul Aming
2. Che Sayang Kitchen
3. Hazwan Ramli
4. Hamdan Mubarak
5. Bangman
6. Dya Syazzy
7. Dr Athina
8. Adik Food S
9. Syiqin Azrin
10. Arianna Kitchen
11. Pdot Malas Cooking Dah
12. Hisham Raus
13. Hadi Salleh
14. Ummi Syahirah | Simple Recipe
15. Dya Syazzy
16. Azie Kitchen Blogger Shop
17. Nopales
18. Dapurtiyah
Aplikasi Kerisik mendapat sambutan menggalakkan daripada warganet.
Ramai pengguna memuji aplikasi tersebut kerana ia sangat membantu dan tidak perlu lagi ‘fikirkan’ menu masakan harian mereka, lebih-lebih ketika bulan Ramadan ini.
Kerisik boleh dimuat turun untuk pengguna iOS, serta Android. Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya anda masak ala-ala influencer.