Waktu Solat Malaysia, sebuah aplikasi Islamik pilihan ramai telah melancarkan versi yang telah diperbaharui dan aplikasi versi global iaitu ‘The Muslim App’ turut dilancarkan.
Kini, aplikasi Waktu Solat Malaysia mempunyai pelbagai fungsi yang lebih canggih seperti waktu solat yang tepat, kalendar Islam, arah kiblat, dan lain-lain.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Ia juga menyediakan sumber untuk membaca Al-Quran, memudahkan pertumbuhan rohani dan pembelajaran pengguna, terutamanya sebagai persediaan untuk Ramadan.
Dengan komitmen teguh terhadap ketepatan dan keselesaan, aplikasi ini bertujuan untuk membantu umat Islam mengatur solat harian dan aktiviti keagamaan secara efektif sepanjang bulan Ramadan.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Waktu Solat Malaysia yang telah diperbaharui dan ‘The Muslim App’.
“Misi kami adalah untuk menyediakan alat digital yang komprehensif untuk umat Islam di seluruh dunia, menyokong perjalanan rohani anda di mana sahaja anda berada.” kata Mohamed Aafrin, Pengurus Besar Teknologi & Inovasi di REV Media Group.
Download Waktu Solat Malaysia dan The Muslim App sekarang secara percuma di App Store atau Play Store.