Pelbagai fenomena baharu telah berlaku di Arab Saudi sejak Mohammed Bin Salman merancang untuk membawa negaranya ke arah yang lebih moden. Beberapa undang-undang seperti kebenaran meminum arak, wayang dan berbikini di beberapa pantai di Arab Saudi. Dan terbaharu, difahamkan rakyat Arab Saudi kini menyambut Valentine atau sambutan Hari Kekasih.
Memetik laporan South China Morning Post, walaupun sambutan itu tidak menyebut perkataan ‘Valentine’, beberapa kedai di pusat membeli-belah di Arab Saudi kini sedang giat melakukan promosi hadiah seperti minyak wangi, barang bersolek dan baju dalam di hadapan kedai mereka. Menurut NDTV, sebahagian kedai menerima lonjakan jualan dengan kebanyakan rakyat Arab Saudi tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan tersebut.
Salah seorang penjual memberitahu AFP bahawa pihak pengurusan telah meminta mereka untuk menghiasi gerai dengan warna merah dan mempamerkan pakaian dalam di bahagian hadapan kedai, “Terdapat ramai pelanggan yang meminta pakaian dalam merah pada Hari Valentine… Kami mempunyai diskaun pada masa ini, tetapi kami tidak memanggilnya tawaran Hari Valentine,” kata salah seorang penjual.
Sebelum ini, negara ini terkenal dengan undang-undang konservatif. Polis agama boleh menahan mereka yang didapati menjual hadiah yang mempunyai kaitan dengan Hari Valentine kerana sambutan ini bertentangan dengan agama Islam. Namun perubahan ini dilihat sebagai salah satu cara Arab Saudi untuk membawa imej baharu negara tersebut.
Sementara itu, seorang pelanggan bernama Reem al-Qahtani, 22, berkata, rakyat Arab Saudi secara beransur-ansur mula menerima Hari Kekasih. Walaupun ia tidak disebut ‘Valentine’ buat masa ini di Arab Saudi. “Buat masa ini, kami meraikan secara senyap di kafe dan restoran, tetapi kami berharap ia akan mendapat tarikan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Cubaan Mohammed Bin Salman untuk bawa Arab Saudi ke arah lebih terbuka dan liberal. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Liberal
Pertama Kali Dalam Sejarah, Pesawat Israel Berjaya Mendarat Di Tanah Arab Saudi
Penari Seksi Meriahkan Acara Musim Sejuk Di Arab Saudi Undang Kritikan Masyarakat Muslim