Liga Arab Saudi benar benar serius mahukan Vinicius Jr dan menawarkan kontrak €1 bilion untuk 5 musim.

Itu bersamaan dengan €200 juta semusim. PIF yang merupakan pelabur utama dalam 4 kelab gergasi di Saudi, Al Hilal, Al Ittihad, Al Nasr dan Al Ahli, kini mahukan pemain bintang yang lebih muda dan berada di kemuncak prestasi.

Baca Juga:

Vinicius Jr cemerlang bersama dengan Real Madrid. Dan dia sudah memenangi La Liga dan UCL bersama dengan kelab itu.

Wakil Arab Saudi sedia untuk mengemukakan tawaran harga perpindahan rekod dunia untuk membawa masuk Vinicius itu bermaksud mereka sedia membayar lebih €222 juta (RM1.08 bilion) untuk Vini Jr. Angka itu adalah rekod dunia yang dibayar oleh PSG ketika mendapatkan Neymar beberapa tahun lalu dari Barcelona.

Ketika itu PSG dan Neymar ‘membeli’ klausa pelepasan yang terkandung dalam kontrak pemain itu.

Menurut laporan AS dari Sepanyol, Real Madrid tidak berminat untuk menjual Vinicius Jr. kecuali ada kelab yang mengaktifkan klausa pelepasan €1 bilion (RM4.86b) pada kontrak pemain tersebut.

Namun begitu belum ada rundingan antara pihak Saudi dengan Real Madrid. Vini Jr masih tidak menolak sebarang kemungkinan. Dia mahu melihat perkembangan rundingan ini dahulu.

Di mana pihak Saudi dijangka akan menghubungi Real Madrid dalam masa terdekat untuk mendapatkan pemain itu.

Vinicius sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak mahu meninggalkan Real Madrid walaupun seringkali diserang secara rasis di Sepanyol.

“Saya akan terus kekal di sini. Jika saya pergi hanya kerana perkara seperti ini, maka itu bermakna puak rasis ini sudah menang,” tegas Vini Jr.

Tetapi tawaran dari Arab Saudi ini bakal mencabar kesetian Vini Jr. Kerana tawaran bukan sekadar gaji yang lumayan, namun dia akan dikecualikan daripada cukai dan menerima layanan kelas bangsawan seperti Neymar.

Dia juga akan ditawarkan kontak sebagai duta Piala Dunia 2034.

Sejak menyertai Real Madrid, Vinicius berkembang menjadi pemain elit dalam bola sepak. Dia kini antara pemain yang dicanang bakal mencabar Ballon d’Or yang akan datang.