Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah menangkap seorang guru wanita terkenal, Aisha Al-Muhajiri. Menurut Prisoners of Conscience, dia ditahan kerana berdakwah dan mengajar Al-Quran di rumahnya di kota suci Mekah.
Ulama wanita berusia 65 tahun itu dilaporkan ditangkap oleh 20 anggota perkhidmatan perisikan Arab Saudi.
Prisoners of Conscience, organisasi yang melaporkan penangkapan dan penindasan pemerintah Arab Saudi terhadap aktivis dan pemimpin masyarakat, melaporkan bahawa dua wanita lain ditangkap bersama dengan Al-Muhajiri.
“Salah satu dari dua wanita itu berusia 80 tahun, sementara ahli keluarga lain menolak untuk memberi apa-apa maklumat mengenai dirinya,” kata organisasi itu, seperti dikutip oleh Middle East Monitor.
🔴 BREAKING
We confirm the detention of the famous female preacher Aisha Al-Muhajiri (65 years), after authorities broke into her house in Mecca. The grounds of her detention is her working in preaching and giving Quran courses at her house.#عائشة_المهاجري— Prisoners of Conscience (@m3takl_en) February 15, 2021
Organisasi itu menambah bahawa selepas penangkapan mereka, sesiapa yang bertanya mengenai penahanan atau apa sahaja mengenai tuduhan akan turut ditangkap, termasuk anak-anak Al-Muhajiri sendiri.
“Kami mengesahkan bahawa anak-anak pendakwah Aisha Al-Muhajiri diancam penahanan ketika mereka bertanya tentangnya setelah dia ditangkap,” kata organisasi itu.
“Pihak berkuasa dilaporkan berkata, ‘Kami akan menangkap sesiapa saja yang menanyakannya’,” organisasi Prisoners of Conscience melanjutkan, memetik ancaman dari pihak berkuasa Arab Saudi.
Tambah organisasi terbabit, Al-Muhajiri kini ditahan di Penjara Dhahban berhampiran bandar pesisir Jeddah. Sehingga kini, pemerintah Arab Saudi maupun pihak berkuasa enggan mengulas laporan tersebut.
🔴 BREAKING 2
We confirm also that the sons of the preacher Aisha Al-Muhajiri were threatened of being detained when they asked about her after she was arrested; authorities said literally: "We will arrest anyone asking about her".#عائشة_المهاجري— Prisoners of Conscience (@m3takl_en) February 15, 2021
Difahamkan, sejumlah ulama, aktivis dan pengkritik rejim Arab Saudi telah ditangkap dalam beberapa tahun terakhir. Bahkan para cendekiawan yang sangat dihormati dan terkenal turut mendapat nasib yang sama kerana memberi komen mengenai hal ehwal semasa atau dasar pemerintah.
Ini termasuk Aid Al-Qarni, Ali Al-Omari, Safar Al-Hawali, Omar Al-Muqbil, dan Salman al-Ouda. Banyak yang ditahan ini dikenali sebagai reformis dan oleh itu dilihat sebagai ancaman oleh pemerintah de facto Putera Mahkota Muhammad Bin Salman.
Tindakan kerasnya terhadap sarjana Muslim yang telah lama menjadi suara utama di Arab Saudi adalah usaha untuk mengekang pengaruh mereka. Inisiatif luar negeri Muhammad Bin Salman dan usaha gigihnya untuk memodenkan Arab Saudi telah menjadi sasaran pengkritik.
Aimidoula Waili sebagai contoh, adalah dari minoriti Muslim Uighur yang dianiaya di China. Dia ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada bulan November atas permintaan pemerintah China. Setelah ditahan di China beberapa tahun yang lalu sebelum melarikan diri ke Turki, Waili dilaporkan berisiko dihantar pulang ke China.
UAE rombak sistem perundangan, kini boleh minum arak dan tingal bersama walaupun belum berkahwin. Klik pautan di bawah untuk membaca.
UAE Rombak Sistem Perundangan, Kini Boleh Minum Arak Dan Tinggal Bersama Walaupun Belum Berkahwin
Akibat Meludah Di Tempat Awam, Pesakit COVID-19 Di Arab Saudi Berdepan Hukuman Pancung