Bermula hari Selasa minggu hadapan, pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi mengumumkan bahawa status vaksinasi dilengkapi dos penggalak di aplikasi mudah alih Tawakkalna diperlukan untuk menggunakan pengangkutan darat, laut atau kereta api. Kecuali kumpulan yang diberikan kelonggaran tidak perlu mendapatkan vaksin.

Keputusan itu termasuklah penggunaan kereta api, teksi, kereta sewa, aplikasi pengangkutan penumpang, bas untuk mengangkut penumpang dalam dan luar bandar, serta perkhidmatan feri antara Jazan dan Pulau Farasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peraturan itu turut berkuasa kuasa bagi mana-mana pihak ingin masuk ke ibu pejabat pihak berkuasa dan cawangannya, pusat perkhidmatan perniagaan, ibu pejabat pengendalian dan penghantaran, servis dan stesen pengangkutan, kedai sewa dan kemudahan sokongan lain.

Langkah baharu itu bertujuan bagi mewujudkan persekitaran perkhidmatan pengangkutan yang selamat dengan mematuhi saranan pihak berkuasa untuk mendapatkan dos penggalak vaksin bagi meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan orang ramai dan mengawal penularan virus COVID-19.

Ramai pihak yang antivaksin berasa kurang senang apabila jemaah haji perlu mendapatkan vaksin terlebih dahulu sebelum boleh menunaikan ibadah tersebut. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Golongan Antivaksin Kurang Senang Dengan Syarat Terbaru Arab Saudi Ke Atas Jemaah Haji