Kerajaan Argentina mengambil langkah luar biasa menjelang Piala Dunia 2026 apabila menyerahkan senarai kira-kira 13,000 individu yang gagal membayar nafkah anak kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Menurut laporan media tempatan, tindakan tersebut bertujuan menghalang mereka daripada memasuki stadium dan menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.
Datuk Bandar Buenos Aires menegaskan bahawa individu yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka tidak seharusnya diberikan keistimewaan untuk menikmati acara sukan terbesar dunia.
Memandangkan pakej atau kos untuk menyaksikan Piala Dunia di dalam stadium di luar negara adalah sangat mahal, mereka boleh bayar, sedangkan nafkah untuk sokongan anak tidak boleh dibayar?
Datuk Bandar berkata: “Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab asas seperti menyara anak-anak perlu menerima akibatnya.
“Jika mereka culas menyediakan nafkah kepada anak-anak mereka, mereka tidak layak dibenarkan memasuki stadium Piala Dunia,” katanya.
Langkah tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Argentina untuk meningkatkan penguatkuasaan pembayaran nafkah anak dan memastikan kebajikan kanak-kanak terus terpelihara.
🚨 The Argentine government has provided US authorities with a list of 13,000 Argentine fathers who have failed to make child support payments owed to their children. 🇦🇷
The aim is to prevent those individuals from attending World Cup matches. ❌
🗣️ “Those who fail to meet a… pic.twitter.com/OcGz8l5Ec1
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 13, 2026
Selain itu, tindakan berkenaan turut membawa mesej yang jelas bahawa tanggungjawab sebagai ibu bapa perlu didahulukan sebelum menikmati hiburan atau acara sukan bertaraf dunia.
Di media sosial, ramai pengguna menyambut baik inisiatif tersebut dan menyifatkannya sebagai hukuman yang setimpal terhadap mereka yang gagal memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.
Piala Dunia 2026 dijangka menjadi edisi terbesar dalam sejarah dengan 48 pasukan bertanding dan jutaan penyokong hadir dari seluruh dunia. Namun bagi Argentina, mesejnya cukup jelas — sebelum menikmati bola sepak, pastikan tanggungjawab terhadap anak-anak telah ditunaikan.