Bank Pusat Argentina mengeluarkan syiling khas sempena memperingati “Goal of the Century,” yang dijaringkan oleh legenda mereka, mendiang Diego Armando Maradona.
Gol tersebut adalah gol yang dijaringkan oleh Maradona ketika aksi suku akhir Piala Dunia 1986 menentang England.
Pada hari itu terdapat 2 gol ikonik dihasilkan. Yang pertama adalah ‘Hand of God’ dan yang kedua gol solo Maradona yang diiktiraf oleh FIFA sebagai Goal of the Century.
Jarak antara 2 gol tersebut adalah kira kira 240 saat sahaja. Yang mengukuhkan nama Maradona pada 1986 sebagai watak utama dalam kejohanan tersebut, yang turut disebut pundit sebagai Piala Dunia Maradona.
22nd June 1986
Argentina 🇦🇷 2-1 🏴 England
1986 World Cup quarterfinal
📍 Azteca Stadium, Mexico CityThe day Diego Armando Maradona served up his infamous ‘Hand of God’ goal and the ‘Goal of the Century’, the two separated by only 240 seconds!pic.twitter.com/yUiUgNjCSp
— 📚 Dame Bola (& Tears at La Bombonera) (@BomboneraTears) June 22, 2025
Gol yang menyingkirkan England dan membawa Argentina mara ke separuh akhir, seterusnya ke final dan juara.
Bank Pusat Argentina mengumumkan sebanya 2,500 keping syiling khas dikeluarkan kepada umum menjelang Piala Dunia 2026 yang menandakan sudah 40 tahun gol itu berlaku.
Jadi duit syiling khas 10 peso Argentina itu bakal menjadi milik mereka yang bertuah.

Dan ianya pasti akan menjadi buruan pengutip duit syiling dari seluruh dunia. Hal ini kerana Maradona adalah superstar global. Dan Piala Dunia adalah temasya yang diminati di seluruh dunia.
Selain itu, peristiwa Goal of the Century itu juga sangat dekat dengan peminat bola sepak.
Mungkin selepas ini, Argentina akan keluarkan syiling peringatan jaringan Hand of God?