Supercomputer Opta dalam laporannya menerusi Opta Analyst meramalkan bahawa Arsenal bakal menjuarai EPL dan UCL musim ini.
Berdasarkan statistik dan prestasi pasukan itu musim ini, Opta menganggap Arsenal sebagai pilihan utama untuk menjuarai EPL dan UCL.
Musim lalu Arsenal menamatkan saingan EPL di tangga kedua buat 3 musim berturut turut. Mereka menamatkan saingan UCL di peringkat separuh akhir.
Musim ini skuad Mikel Arteta kelihatan lebih mantap dan lebih matang di atas padang.

Arsenal sedang berada di puncak EPL dan kekal dengan rekod kemenangan 100% selepas 3 aksi UCL. Di UCL mereka masih belum dibolosi. Terbaru mereka membelasah Atletico Madrid di Emirates.
Penambahan kualiti yang dibuat Arteta musim ini menyaksikan mereka membawa masuk pemain seperti Zubimendi, Ebere Eze, Viktor Gyokeres, Christian Noogaard, Noni Madueke, Cristhian Mosquera dan Kepa Arrizabalaga.
Opta now predicts Arsenal to πππ the Champions League π²π
π₯ Arsenal 18%
π₯ PSG 14%
π₯ Bayern 10% pic.twitter.com/j30EhU8h65— LiveScore (@livescore) October 2, 2025
Kedalaman skuad Arsenal benar benar ampuh. Di mana mereka memiliki sekurang kurangnya 2 pemain berkualiti tinggi di setiap posisi.
Maka tidak hairanlah Opta Analyst menganggap Arsennal sebagai pilihan utama untuk menjuarai EPL dan UCL musim ini.
ππ ππππ πππππππ'π ππππβπ
According to @OptaAnalyst, they are the ππππππ¦π§ πππ©π’π₯ππ§ππ¦ to win ππ’π§π the UCL and the Premier League ππ pic.twitter.com/lZReGTGaj8
— 433 (@433) October 22, 2025
Kali terakhir Arsenal menang EPL adalah ketika di bawah kendalian Arsene Wenger pada musim 2003/04.
Kelab itu masih belum pernah menjuari UCL (Liga Juara Juara Eropah) dalam sejarah mereka.
Pilihan kedua supercomputer Opta untuk menjuarai UCL adalah PSG (14%) dan yang ketiga adalah Bayern Munich (10%).
According to the Opta Predictor, Arsenal are the current favourites to win this seasonβs UEFA Champions League, with an 18.4% chance of lifting the trophy ππ pic.twitter.com/WpK6xlczez
— Football on TNT Sports (@footballontnt) October 14, 2025