Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tampil mengkritik bola yang digunakan dalam saingan Piala FA walaupun skuad kendaliannya mara ke suku akhir pertandingan tersebut.

Pada aksi bertemu Plymouth Argyle yang merupakan pasukan tangga terbawah EFL Championship, Manchester City terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-38 menerusi jaringan Maksym Vadymovych Taloviero.

Baca Juga:

The Cityzens kemudiannya bangkit dengan dua gol daripada pemain muda, Nico O’Reilly dan Kevin De Bruyne menambah jaringan pada lewat aksi untuk menang 3-1.

Guardiola
Soccer Football – FA Cup – Fifth Round – Manchester City v Plymouth Argyle – Etihad Stadium, Manchester, Britain – March 1, 2025 Plymouth Argyle manager Miron Muslic and Manchester City manager Pep Guardiola REUTERS/Jaimi Joy

Komen Pep Guardiola Terhadap Bola Piala FA

Disebalik kemenangan yang merintis pertemuan suku akhir menentang Bournemouth itu, Guardiola jelas tidak berpuas hati dengan bola yang digunakan dalam saingan ini.

“Biasanya bola akan masuk (menghasilkan gol) dari percubaan-percubaan seperti ini. Ia sukar untuk dikawal,” ujar Pep Guardiola menurut sumber laporan Goal.

“Sudah bertahun-tahun, ramai pemain dan pengurus yang berkata tentang itu. Apabila anda tewas, ia [nampak seperti] anda mengadu, tetapi bola itu tidak betul.”

“Maafkan saya. Dalam banyak tahun, ia telah berlaku dalam Piala FA dan Piala Carabao, saya tahu ini adalah perniagaan dan mereka datang dengan perjanjian.”

“Saya sudah mengatakan ini sejak bertahun-tahun lalu. Saya ingin bermain di Liga Juara-Juara apabila kami bermain pada hari Rabu, bermain pada hari Sabtu… bermain pada hari Ahad. Ada perkara di luar kawalan kami.”

Guardiola
Soccer Football – FA Cup – Fifth Round – Manchester City v Plymouth Argyle – Etihad Stadium, Manchester, Britain – March 1, 2025 Manchester City’s Nico O’Reilly celebrates scoring their second goal REUTERS/Jaimi Joy

“Saya sudah menyatakan pendapat saya dan orang kata baik atau tidak baik. Kami menang jadi orang akan baik dengan saya tetapi jika kami kalah, saya akan berfikir perkara yang sama.”

“Saya tidak akan mengatakan ini kerana saya tidak mahu dihukum tetapi itu adalah kebenarannya. Bola Liga Juara-Juara adalah luar biasa, bola Liga Perdana adalah luar biasa, tetapi bola ini tidak bagus.”

Sebelum ini Mikel Arteta turut mengkritik bola yang digunakan dalam Piala Carabao hingga menyaksikan skuad kendaliannya tewas kepada Newcastle United.

Namun, bola yang digunakan dalam Piala Carabao dan Piala FA adalah jenama berbeza.

Sumber