COVID-19 sudah menyerang dunia sejak akhir 2019 dan ia mula bertandang di Malaysia sejak awal tahun 2020. Sejak itu, kekacauan berlaku di serata dunia dengan penganut teori konspirasi yang mendakwa bahawa COVID-19 adalah virus yang dirancang untuk membunuh separuh umat manusia. Tidak cukup dengan itu, wujud pula beberapa teori lain yang mendakwa bahawa vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh World Health Organization (WHO) mempunyai mikrocip.

Teori ini membiak seperti wabak COVID-19, mulanya tersebar kepada satu kumpulan yang kecil. Namun lama-lama ia membiak besar menjadi satu gerakan bodoh yang menyusahkan para pegawai kesihatan. Persoalannya di sini, siapakah yang bertanggungjawab memulakan teori dangkal ini? Dan bagaimana ia memberi kesan kepada seluruh dunia?

Dalam laporan yang dikeluarkan The Verge, kebanyakan teori konspirasi yang mendakwa bahawa vaksin dilengkapi dengan mikrocip muncul pada awal pandemik COVID-19 lagi. Di Amerika Syarikat sekitar Mac 2020, telah wujud gerakan bahawa ini adalah agenda gelap sesetengah kumpulan manusia yang mahu menyaksikan kematian separuh daripada umat manusia di seluruh dunia.

Image:
AP Photo/Otto Kitsinger

Lebih tepat lagi, pada 18 Mac 2020, ketika Bill Gates membuka ruang untuk sesi diskusi di laman Reddit, beliau meramalkan bahawa suatu hari nanti, dunia akan mewajibkan semua orang untuk mempunyai pasport digital yang merekodkan tahap kesihatan kita. Di dalam diskusi terbabit, Gates mencadangkan kad e-vaksin atau sijil digital yang boleh digunakan oleh semua orang untuk merekodkan tahap kesihatan mereka.

Apa yang menjadi masalahnya adalah apabila kenyataan Gates itu disalahertikan oleh sebahagian blogger.

Selepas perbincangan mengenai wabak di Reddit, kenyataan yang dibuat oleh Gates telah sampai kepada beberapa pihak. Terutamanya sebuah laman web di Sweden yang penuh dengan meme dan sering berbincang mengenai biohacking yang menggunakan nama CyphR.

_112712419_bill
CNN

Kumpulan ini kemudiannya menghubungkan kenyataan Gates dengan projek kajian yang dilakukan oleh Yayasan Bill & Melinda Gates. Di mana yayasan itu pada 2019 telah mengkaji “quantum dot”, teknologi baharu seperti tatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu mendedahkan maklumat kesihatan anda jika dipancarkan menggunakan lampu khas.

Dalam kajian terbabit, akan ada jarum mikro yang larut ke dalam kulit seseorang. Ia hanya boleh dilihat menggunakan telefon pintar yang sudah dimodifikasi dan mampu memberi maklumat kesihatan individu terbabit. Apabila kajian ini dipetik oleh CyphR, mereka mendakwa bahawa cara paling berkesan untuk menjalankan idea kajian ini adalah melalui penanaman mikrocip ke dalam tubuh badan. CyphR kemudiannya membuat kenyataan, “Bill Gates akan menggunakan mikrocip untuk melawan wabak corona.”

Dua hari selepas CyphR mengeluarkan kenyataan mereka, seorang pastor bernama Adam Fannin dari Jacksonville, Florida mula menyebarkan ideanya mengenai kenyataan Gates. Untuk pengetahuan anda, Fannin adalah orang yang tidak sukakan Gates dan apabila dia membaca kenyataan yang dibuat oleh CyphR, dia mula menyebar dakyah tidak betul di saluran YouTube miliknya.

DG-HISHAM
Suara Perak

Video yang berdurasi sembilan minit itu digunakan sepenuhnya oleh Fannin untuk menyebarkan teori konspirasi bahawa Gates cuba untuk mengurangkan umat manusia. Dia bahkan menulis, “Bill Gates – Implan Vaksin Mikrocip Untuk Memerangi Wabak Corona.” Sejak itu, video mula tersebar ke media sosial dan mendapat jutaan tontonan.

Tidak lama selepas itu, pada 13 April 2020, teori yang mendakwa bahawa vaksin COVID-19 mengandungi mikrocip telah mula tersebar luas. Mantan penasihat politik Donald Trump, Roger Stone dalam wawancara The Joe Piscopo Show turut menyerang Gates dan bertanya apakah peranan yang dimainkan oleh Gates dalam menghasilkan wabak COVID-19. “Dia dan globalis lain pasti dalam usaha mewajibkan vaksinasi dan menanamkan mikrocip ke badan manusia,” katanya.

Di hari yang sama, The New York Post turut memainkan peranan mereka dengan menghasilkan tajuk berita, ‘Roger Stone: Bill Gates mungkin telah menghasilkan wabak korona untuk menanam mikrocip ke badan manusia’. Laporan berita tersebut dan video Fanin akhirnya sampai ke seluruh dunia dan mencatat interaksi yang tinggi di Facebook.

nz_mlysvax_070447
NSTP

Sejak daripada itu, kebohongan dan teori dangkal yang direka oleh kumpulan ini terus tersebar dan mula bermutasi menjadi teori-teori yang lain. Di Malaysia, penganut teori konspirasi terus membiak dalam menyebarkan dakyah mereka di sosial media dan whatsapp. Kita sempat dihidangkan dengan jenaka bahawa magnet mampu melekat di tempat yang dicucuk vaksin dan kita juga pernah berhadapan dengan teori di mana orang yang menerima vaksin akan meninggal dunia dalam masa dua tahun lagi.

Melawan teori anti vaksin yang kaitkan pesawat OneWorld dengan ‘Agenda Dajjal’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Menepis Kebencian Terhadap Dakwaan Dr Noor Hisham Sebagai Seorang Agen Freemason

Anti-Vaksin Tuduh Doktor Menipu, Tidak Percaya Vaksin Mampu Ubati COVID-19

Sumber