Pada hari semalam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memperlihatkan rekabentuk MyKad generasi baharu yang diperkenalkan bagi menggantikan model sedia ada.

Walau bagaimanapun, pelancaran visual kad pengenalan baharu tersebut telah mencuri perhatian ramai atas sebab yang unik.

Apa yang menjadi persoalan satu Malaysia — siapakah Muhammad Asraf Bin Sukadi? — individu yang tertera contoh visual (specimen) bagi memperlihatkan ciri keselamatan serta susun atur baharu pada MyKad baharu sehingga tular di pelbagai platform media sosial.

Ini Wajah Terkini MyKad Generasi Baharu, Boleh Tukar Mulai 17 September

Menerusi carian internet, beliau sebenarnya merupakan Pengarah Bahagian Kad Pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Bahagian tersebut mengurus urusan berkaitan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri.

Pengurusan berkaitan termasuklah pendaftaran, pindaan rekod, semakan taraf, verifikasi identiti dan biometrik, pengeluaran dan pencetakan kad serta pengurusan rekod dan perkhidmatan urus niaga.

Mulai 17 September: Ini Senarai 40 Cawangan JPN Boleh Siap MyKad Baharu Hari Yang Sama

Untuk makluman, MyKad generasi baharu sudah boleh ditukar mulai hari ini, 17 September, di mana-mana cawangan JPN di seluruh negara.

Lihat senarai 40 cawangan JPN yang boleh menyiapkan MyKad baharu pada hari yang sama di sini.

Sumber