Syarikat penerbangan premium, Batik Air telah mengumumkan pembatalan penerbangan dari Lahore, Pakistan dan Amritsar, India pada 7 dan 8 Mei 2025 ekoran penutupan ruang udara akibat situasi semasa antara dua negara tersebut.
Pembatalan sementara ini terpaksa dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru Batik Air yang merupakan keutamaan utama syarikat penerbangan tersebut.
Baca Juga:
- Batik Air Mudahkan Perjalanan Perayaan Dengan Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak
- Batik Air Umum Laluan Baharu Ke Beijing Dan Changsha
- Batik Air Kembangkan Rangkaian, Perkenal Laluan Baharu Ke Bintulu, Miri & Sandakan
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi, Batik Air mengesahkan pihak mereka dalam fasa memantau perkembangan situasi ini dengan rapat dan bekerja sama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan operasi yang selamat dan lancar.
Penerbangan Batik Air Yang Terlibat
Lahore (LHE)
1) KUL – LHE (OD 131) pada 7 dan 8 Mei 2025 jam 5.35 petang
2) LHE – KUL (OD 132) pada 7 dan 8 Mei 2025 jam 9.35 malam
Amritsar (ATQ)
1) KUL – ATQ (OD 271) pada 7 Mei 2025 jam 6.40 malam
2) ATQ – KUL (OD 272) pada 7 Mei 2025 11.05 malam
Walaupun perkembangan terbaharu mengenai pembatalan penerbangan ini pastinya memberi kesulitan kepada penumpang yang sudah merancang untuk terbang, isu keselamatan adalah keutamaan yang tidak dapat dikompromikan.
Situasi semasa yang melibatkan penutupan ruang udara memerlukan langkah berhati-hati untuk melindungi keselamatan semua pihak yang terlibat.