Operasi perkhidmatan LRT di enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling yang melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan diberhentikan bermula 2 April 2023.

Ini kerana tren yang digunakan untuk perkhidmatan diantara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang telah ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

Baca Juga:

Memetik kenyataan rasmi RapidKL, ini kerana tren yang digunakan untuk perkhidmatan diantara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang telah ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

Ianya adalah susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang telah menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan semenjak 27 Januari 2023.

Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan Bas Ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan Bas LRT 11 sedia ada.

“Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini.

“Anggota operasi rel, Polis Bantuan dan Troopers akan ditempatkan di stesen – stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang.

“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang – penumpang. Kami berterima kasih dan menghargai kesabaran semua penumpang,” terang RapidKL.

Sumber