Atikah Suhaime telah pun berkahwin dengan kekasih hatinya Datuk Lokman Teh. Di mana pasangan tersebut telah selamat diijabkabul.

Pasangan tersebut sudah lama menjalin hubungan cinta. Dan akhirnya mereka memutuskan untuk mengakhiri zaman  bujang masing masing.

Baca Juga:

Datuk Lokman Teh sah bergelar suami Atikah Suhaime dengan sekali lafaz pada Ahad lalu, kira kira 8.45 malam.

Atikah menerima mas kahwin sebanyak RM300 namun wang hantaran dirahsiakan oleh kedua dua pihak.

Atikah Suhaime tidak dapat menyembunyikan perasaannya setelah bergelar isteri keapda Lokman.

Dalam kapsyen Instagram miliknya, Atikah Suhaime menulis: “Macam tak percaya, ingatkan mimpi.”

Peminat mengucapkah tahniah kepada pasangan pengantin baru. Ramai yang mendoakan agar mereka berbahagia sehingga ke anak cucu.

Atikah Suhaime kini juga secara rasminya telah bergelar Datin Atikah Suhaime.

Datuk Lokman Teh merupakan CEO kepada produk Zaitun. Atikah tertarik dengan Lokman kerana dia berasa tenang berada di sisinya.

@atikahsuhaimee4

Pelengkap hidupku🤍 #atikahsuhaime #lokmanteh #liveupdate #marriage #fypage #marriage #fypシ #fyp #masukberanda #foryoupage #fypp #masukfyp #foryourpage #foryou #fypシ゚viral #fypシ゚viral

♬ Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri

Atikah sebelum ini berkata: “Saya rasa tenang bila dengan dia berbanding yang lain. Dia adalah pilihan terbaik.”

“Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.”

“Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.”